UNTUK penggemar teater tanah air, persembahan teater muzikal Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) sememangnya sesuatu pementasan yang tidak asing lagi.
Mahu Fokus Perkara Lain
Akan tetapi, menurut pengarah dan penerbit Puan Seri Tiara Jacquelina berkata teater muzikal itu tidak akan diadakan dalam masa terdekat kerana dirinya mahu memfokuskan lebih dalam kerjaya bisnes berbanding seni.
"Bila dah tertunda dua tahun tu rasa macam nak buat perkara lain dulu lah. Untuk tahun ini saya nak fokus tentang Tiarasa Escapes (Resort) dan Dream Forest, selepas tu baru saya fikir yang lain.
"Kalau tak, nak buat satu persembahan tu ambil masa setahun setengah fikir pasal teater itu sahaja. Dan sebab itu saya tak boleh buat perkara-perkara lain," ujarnya.
"Saya tak pernah katakan tidak...
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Tiara Jacquelina Eu Effendi, 57, ketika ditemui di majlis Raya In Rainforest di Tiarasa Escapes Glamping Resort, Janda Baik, Pahang, tidak menolak kemungkinan untuk kembali mengadakan pementasan tersebut.
"Tapi saya tak pernah katakan tidak untuk kembali mengadakan pementasan itu, mungkin tiba-tiba ada mood nak buat, saya akan buat, tapi mungkin dalam bentuk atau medium yang berlainan," kongsinya lagi.
Berkongsi perkembangan terbaharu, Tiara mendedahkan perancangannya untuk membuka cawangan kedua resort Tiarasa Escapes dan Dream Forest pada hujung tahun ini.
"Tahun ini dan tahun hadapan saya sedang fokus untuk Dream Forest di Langkawi dan juga Tiarasa Escapes.
"Jadi kami merancang untuk membuka cawangan kedua Dream Forest dan juga Tiarasa jika tidak pada hujung tahun ini, mungkin pada tahun hadapan," katanya.
Sekadar info, teater Puteri Gunung Ledang sebelum ini dibatalkan selepas pihak penerbit mengambil keputusan membatalkan persembahan berkenaan selepas meneliti pelbagai aspek pementasan.
Pihak penerbit turut mengembalikan bayaran pembelian tiket kepada peminat-peminat susulan pembatalan tersebut. -Gempak
Gempak
Sat May 11 2024
Tiara Jacquelina berkata teater muzikal itu tidak akan diadakan dalam masa terdekat kerana dirinya mahu memfokuskan lebih dalam kerjaya bisnes berbanding seni. -Gempak
Belia harus fokus bangunkan negara, jangan hebat main isu remeh - PM Anwar
Anwar berkata, belia mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan negara dan tidak menumpukan pada isu-isu remeh.
Kerugian akibat jenayah komersial cecah RM3.11 bilion sepanjang tahun lepas
Jumlah kerugian akibat kesalahan jenayah komersial sepanjang tahun lepas mencecah RM3.11 bilion dengan 41,701 kertas siasatan dibuka.
Keuntungan jadi inti pati kerjasama ekonomi dan perdagangan - MFA
Langkah syarikat asing terus meningkatkan pelaburan di China mencerminkan saling untung dan sama menang menjadi inti pati kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan negara lain.
GRAB Malaysia buka peluang kepada OKU, wanita
Grab Malaysia kekal komited dalam memupuk keterangkuman, pemerkasaan ekonomi dan kemampanan, dengan memberi tumpuan kepada membuka peluang-peluang untuk direbut Orang Kurang Upaya (OKU) dan wanita dalam ekonomi gig.
Minyak Brent diunjur turun kepada USD77 setong pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menurunkan unjuran harga minyak Brent 2025 kepada US$77 setong daripada USD80 setong dan USD74 setong pada 2026 susulan unjuran permintaan yang lebih lemah pada 2025, terutamanya pada separuh pertama tahun ini.
Malaysia-India perkukuh perdagangan digital dua negara
Majlis Digital Malaysia-India (MIDC) dirasmikan bagi menerajui inisiatif dalam perdagangan digital, pertukaran teknologi termasuk mobiliti bakat antara Malaysia dan India.
Polis buat pengesahan sijil nikah anak menteri didakwa rogol
Polis sedang membuat pengesahan salinan asal sijil perkahwinan yang dikaitkan dengan dakwaan kes rogol melibatkan anak seorang menteri, seperti yang tular baru-baru ini.
Papagomo dilarang keluar kenyataan fitnah terhadap KPN, diarah padam video
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berjaya dalam permohonannya untuk menghalang blogger Papagomo daripada mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya.
PM Anwar gesa DBKL baiki kawasan perniagaan uzur di sekitar Jalan Masjid India
Perdana Menteri meminta DBKL untuk turun padang meninjau kawasan perniagaan yang usang, uzur di sekitar Jalan Masjid India.
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat direman
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat yang disyaki terlibat sindiket pemalsuan dokumen geran hak milik tanah, yang ditahan SPRM Johor, direman enam hari.
Tiara Jacquelina sahkan tiada pementasan Puteri Gunung Ledang dalam masa terdekat
Tiara mendedahkan perancangannya untuk membuka cawangan kedua resort Tiarasa Escapes dan Dream Forest pada hujung tahun ini.
Puteri Gunung Ledang The Musical ditangguhkan ke 2021
Puteri Gunung Ledang The Musical terbitan Enfiniti sepatutnya dipentaskan dari 3 Julai hingga 3 Ogos 2020.
'Ola Bola The Musical' bakal papar teknologi canggih pementasan teater
Penerbit dan pengarah, Datin Seri Tiara Jacquelina sedang berusaha untuk membawakan teknologi tercanggih dan termaju dalam pementasan teater untuk Ola Bola The Musical.