Tiada tekanan buat Polis Evo 2 untuk mencatat kutipan tertentu.
Itu yang ditegaskan Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh, apabila diminta memberikan sasaran kutipan bagi filem yang dinanti-nantikan ramai itu.
Biarpun beberapa filem terbitan Astro Shaw setakat ini berjaya mencatat sejarah tersendiri bagi tahun 2018, namun apa yang lebih penting adalah kualiti serta merapatkan jurang antara filem luar dengan tempatan.
"Buat masa ini, filem dengan kutipan tertinggi di Malaysia ialah Avengers: Infinity War yang mencatatkan kutipan RM68 juta. Munafik dan Hantu Kak Limah berjaya merapatkan jurang kutipan antara filem tempatan dan luar negara, apabila masing-masing mencatat RM40 juta dan RM37 juta.
"Saya melihat ini satu perkembangan yang sangat baik apabila filem tempatan sudah mampu memberi saingan kepada filem luar.
"Di sinilah cabaran utama Polis Evo 2, iaitu bagaimana mahu memastikan filem itu mempunyai kualiti yang baik dan setanding dengan filem luar, sekaligus mencatatkan kutipan yang baik juga," kata Khairul.
Tambah Khairul, menghasilkan filem yang sudah mempunyai jenama yang besar adalah lebih sukar kerana jangkaan yang tinggi daripada penonton.
"Kami harap yang datang menonton nanti bukan sekadar penonton yang menonton Polis Evo pertama dahulu, tetapi juga penonton-penonton baharu. Jika kita dapat capai sasaran itu, ia dikira satu kejayaan yang besar," tambahnya.
Bakal ditayangkan di Indonesia Disember ini, Khairul melihat kerjasama dengan syarikat penerbitan Indonesia, Surya Citra Media (SCM), memberi peluang untuk Polis Evo 2 menjengah pasaran nusantara.
"Kerjasama itu bagaimanapun bukanlah tiket yang memberi laluan mudah kerana apabila mahu memasarkan filem ke luar, kita perlu memastikan filem kita ada sesuatu yang istimewa untuk dipersembahkan.
"Polis Evo 2 sememangnya direka agar dapat memenuhi citarasa penonton di Malaysia dan Indonesia. Dan membentuk jalan cerita yang sedemikian bukanlah satu perkara yang mudah," ujarnya lagi.
Beliau ditemui pada majlis pelancaran Polis Evo 2 di sini, pada Jumaat.
Selain mengekalkan teraju utamanya, Shaheizy Sam dan Zizan Razak, filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew itu juga menampilkan barisan bintang terkemuka Malaysia dan Indonesia, antaranya Raline Shah, Soffi Jikan, Syafie Naswip, Erra Fazira dan Hairul Azreen.
Polis Evo 2 akan mula ditayangkan di seluruh negara bermula 22 November depan.
Madiha Abdullah
Sat Oct 13 2018
Antara bintang utama 'Polis Evo 2' pada majlis pelancaran filem itu, pada Jumaat. - Astro Shaw
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Don Dukun kutip RM2.1 juta selepas tiga hari tayangan!
Filem seram komedi Don Dukun berjaya meraih kutipan sebanyak RM2.1 juta selepas tiga hari tayangannya di pawagam.
‘Qodrat 2’ bakal merasuk pawagam tahun hadapan
Selain Vino G. Bastian, Qodrat 2 yang membawakan kisah lebih mendalam dan gelap ini turut dijayakan oleh Acha Septriasa, Della Dartyan, dan Dony Alamsyah.
'Baik Punya Ah Long' mendominasi carta pawagam selepas sehari ditayangkan
Ia kekal mendominasi meskipun diasak kehadiran filem antarabangsa seperti The Greatest of All Time, Transformers One, dan Hellboy.
Astro Shaw jadi perintis industri filem Malaysia, perkenal treler multi-programatik
Seiring dengan evolusi landskap sinema di Malaysia, permintaan untuk strategi pemasaran kreatif semakin meningkat.
Astro Shaw umum watak ikonik kembali dalam filem Kahar: Kapla High Council
Astro Shaw mendedahkan nama-nama daripada siri premium popular Project High Council yang dikembalikan untuk filem prekuel ini.
‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Kemboja bermula hari ini.
#Gold: 'Kalau tak suka, saya pulangkan balik duit' - Pengarah
Menurut Adrian, dia percaya filem itu akan berjaya menambat hati para peminat filem di Malaysia.
#Gold: Farid Kamil bangga terpilih jayakan watak Rashid Sidek
Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.
Kahar Kapla High Council: Aedy Ashraf, Sky Iskandar pegang watak Beja & Megat
Ia selepas Astro Shaw pada Selasa mengumumkan pemilihan beberapa aktor termasuk Aedy Ashraf yang menggalas watak Beja.
Filem The Experts catat RM10 juta, jadi pilihan ramai di pawagam
The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta.