Mahu menjernihkan keadaan, ATF memuat naik kenyataan media di laman Instagram rasmi PASKAL The Movie (@paskal_themovie) serta laman Facebook rasmi milik ATF.
"Dua hari ini kami mendapati sesetengah laporan berita menyatakan pelakon-pelakon dan pasukan produksi mengalami ancaman keselamatan sempena penggambaran dijalankan di pelantar minyak di Semporna, Sabah.
"Di sini, pihak kami, Asia Tropical Films ingin membuat penjelasan secara rasmi bahawa tiada mana-mana pihak yang menjadi sasaran lanun.
"Pihak berkuasa sentiasa memastikan penggambaran dijalankan dalam keadaan yang sesuai dan selamat. Kami meminta maaf atas segala kekeliruan dan kesulitan. Sekian, terima kasih," katanya.
BACA: Ammar Alfian hampir menjadi tebusan lanun
PASKAL The Movie diinspirasikan dari kisah benar dan memaparkan kisah kejayaan pasukan elit itu dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang MT Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.
Dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi, jangan lupa saksikan PASKAL The Movie pada 27 September ini di pawagam berdekatan anda!