TIPULAH jika dia mengatakan tidak pernah memasang angan-angan hendak bertemu dengan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Malah impian itu mungkin sudah dipasang oleh pereka ini sejak kecil lagi terutamanya setiap kali mendengar suara lunak penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang itu di corong-corong radio atau melihat persembahannya di televisyen.

Itulah coretan pereka fesyen, Kel Wen yang tidak menyangka impiannya akan menjadi kenyataan bukan hanya sekadar bertemu malah diberi peluang untuk mereka busana khas untuk buah hati rakyat Malaysia itu.

Menurut pemilik jenama Behati ini, dahulu dia pernah berangan-angan bersama rakannya untuk makan malam bersama Siti Nurhaliza.

"Saya masih ingat ibu saya pernah menyanyikan lagu Siti kepada saya.

"Kawan saya juga tinggal berdekatan dengan tempat tinggal Siti dan kami pernah membuat lawak di mana satu hari nanti kami akan pergi melawat dan makan malam bersama," katanya di laman Instagram.


Tambahnya, dia sangat berdebar untuk mengenakan penyanyi tersebut dengan pakaian ciptaannya itu, namun sifat Siti Nurhaliza yang mudah didekati membuatkan dia sebagai pereka fesyen sangat tenang untuk menjalankan tugasnya.

Bukan hanya dapat menghasilkan busana untuk muzik video Siapa Tak Mahu dan Kuasa Cintamu, malah pereka yang berasal dari Melaka itu turut mereka busana untuk penggambaran pengumuman kehamilan Siti yang kedua, pada Selasa.

BACA : Hamil pada usia 40-an agak mencabar - Siti Nurhaliza

BACA : "Ya, saya hamil anak kedua, kandungan berusia empat bulan" - Siti Nurhaliza

BACA : 
Siti Aafiyah jadi penyeri MV Kuasa Cintamu - Siti Nurhaliza


Pada Selasa, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan bahawa beliau sedang hamil anak kedua dan kandungannya sudah masuk usia empat bulan.