KUALA LUMPUR: Penangan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza sukar untuk disangkal.
Mana tidaknya, tidak sampai dua jam tiket konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza dibuka untuk pembelian, semuanya sudah habis terjual.
Melalui pemerhatian Astro AWANI di laman sosial media Instagram milik Siti Nurhaliza ia dipenuhi komen-komen peminat yang mencuit hati.
Ada antara mereka yang meluahkan bahawa dia mungkin harus menunggu konsert anak penyanyi tersebut, iaitu Siti Affiyah, kerana tempoh menunggunya (proses pembelian tiket) dari empat minit kembali menjadi 55 minit, sehingga akhirnya tidak berjaya mendapatkannya.
Pada masa sama, penyanyi yang juga usahawan itu juga memohon maaf jika ada peminat yang tidak berjaya membelinya dan memohon doa agar beliau dapat menganjurkan konsert pada masa yang lain.
“Alhamdulillah, terima kasih dari lubuk hati terdalam.
“Maafkan saya kepada yang tak dapat membelinya. Saya minta maaf sedalam-dalamnya juga, saya memahami ada yang mencuba dan tidak sempat mendapatkannya.. Ada rezeki di persembahan yang lain nanti. Doakan saya,” katanya.
Disebabkan hari pembelian tiket konsert tersebut, nama penyanyi yang juga seorang usahawan itu juga trending di laman media sosial X pada Khamis.
Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza anjuran Yayasan Nurjiwa akan berlangsung di Axita Arena Bukit Jalil pada 9 Mac 2024.
Asyraf Roslan
Thu Dec 21 2023
Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza anjuran Yayasan Nurjiwa akan berlangsung di Axita Arena Bukit Jalil pada 9 Mac 2024.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan JKR di seluruh negara pada tahun ini.
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Dituduh 'jual air mata' untuk 'content', Siti Nurhaliza malas ambil pusing
Bagi Siti, dia benar-benar terkesan dengan apa yang berlaku kepada anak-anak di Palestin.
Sakti 28 tahun Siti Nurhaliza dalam industri, Axiata Arena jadi saksi
Lagu demi lagu disahut dengan nyanyian bersama peminat dan tidak henti-henti jeritan peminat memenuhi setiap sudut Axiata Arena.
'Tak apa, saya tunggu konsert Siti Aafiyah' - Peminat hampa tiket Siti Nurhaliza 'sold out' dalam 2 jam
Dua jam sahaja dah habis semua tiket!
"Saya rasa down masa nak siapkan Sitism" - Tokti
Pelantun lagu Magis itu juga mengakui reda sekiranya ditakdirkan kehilangan suara kerana bakat yang dimiliknya adalah milik Allah.
Siti Nurhaliza 'tukar profesion' jadi penyampai ramalan cuaca
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mempamerkan bakatnya sebagai 'penyampai berita' apabila tampil menyampaikan ramalan cuaca hari ini.
COVID-19: Nafas saya makin pendek - Siti Nurhaliza belajar Muay Thai tingkat stamina
Sebelum menutup tirai tahun 2022, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengadakan persembahan istimewa menerusi Music of The Soul buat peminatnya.
Go Shop tawar pelbagai promosi, acara hebat sempena ulang tahun ke-8
Sempena ulang tahun ke-8, Go Shop akan memberikan pelbagai ganjaran dan tawaran menarik khas buat pelanggan setia mereka.
Permintaan Siti Nurhaliza buat Aina Abdul gementar
Berkongsi pentas dengan Siti Nurhaliza di pentas akhir Big Stage 2022 melengkapkan keinginan Aina Abdul.
Menjelang pentas akhir, ini 8 perkara menarik sepanjang Big Stage 2022
Ini antara momen-momen menarik sepanjang Big Stage 2022 berlangsung.
Big Stage 2022: Tiada lagi Mummy Jerung, perjalanan Sofiaa Marieylla terhenti pada minggu kelima
Sofiaa yang menyanyikan lagu Ku Mahu menduduki tangga tiga terbawah dengan markah 56.8% bersama Tegar Septian (69.8%) dan Yazmin Aziz (47%).