PELAKON Sophia Albarakbah menjelaskan kehadirannya di program All Stars Gegar Vaganza (GV10) minggu lalu tiada kaitan dengan penyertaan Aliff Aziz.
Sebaliknya kata Sofea, dia hadir bagi menemani dan memberikan sokongan kepada sepupunya Aisha Retnio yang membuat persembahan untuk slot GV Live+.
“Saya pergi pun sebab saya nak sokong Aisha. Kalau saya diberi peluang untuk pergi lagi sekali pun, saya tak kisah.
“Lagipun saya dah minta izin daripada pengurus saya,” katanya.
Sophia berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Harimau Malaya: The Untold Journey yang diadakan di Sheraton, Petaling Jaya pada Selasa.
Tambah Sophia lagi, dia juga tidak melihat kehadirannya ke program itu sebagai satu kesalahan besar dan berhak untuk menyokong mana mana pihak.
“Program itu ada ramai artis jadi saya berhak untuk pergi dan sokong sesiapa sahaja.
“Kalau saya bertembung (Aliff), tak ada masalah pun. Lagipun isu saya dan dia sudah lama berlalu,” ujarnya.
Terdahulu ketika mengulas kehadiran pelakon sensasi itu ke program berkenaan, Aliff dilaporkan berkata perkara itu di luar bidang kuasanya.
Sebelum ini Sophia dan Aliff pernah mencetuskan kontroversi apabila didakwa menjalinkan hubungan cinta ketika menjalani penggambaran drama bersiri, Ku Akad Kau Dengan Bismillah. -Gempak
Gempak
Wed Oct 11 2023

Sophia Albarakbah menjelaskan kehadirannya di program All Stars Gegar Vaganza (GV10) minggu lalu tiada kaitan dengan penyertaan Aliff Aziz. -Gempak

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti
Aktres Sophia Albarakbah kini giat mengumpul bukti untuk mengheret pihak tidak bertanggungjawab termasuk pembuli siber ke muka pengadilan.

Sophia Albarakbah idam watak lasak, babak penuh aksi
Siapa sangka di sebalik sikapnya yang lemah lembut, pelakon jelita Sophia Albarakbah impikan watak wanita lasak.

Tiada kaitan dengan Aliff, saya ada hak pergi GV untuk sokong sesiapa - Sophia Albarakbah
Kata Sofea, dia hadir bagi menemani dan memberikan sokongan kepada sepupunya Aisha Retnio yang membuat persembahan untuk slot GV Live.

"Sepatutnya jaga hati isteri..." - Bella kesal Aliff seperti mahu berhubung dengan Sophia
Bella luah rasa kecewa apabila suaminya seperti mahu menjaga hati pihak lain berbanding isteri sendiri.

'Doakan saya...' - Sophia Albarakbah komen putus cinta dengan Mr Doktor
Sophia berharap dirinya dipertemukan dengan lelaki yang baik.

Osman Ali nafi dakwaan Sophia Albarakbah 'suka kacau suami orang'
Kata Osman, isu tersebut seharusnya tidak perlu dipanjangkan kerana dikhuatiri akan mengganggu proses penggambaran terutama barisan pelakon lain dan pihak produksi.