KUALA LUMPUR:Selepas berbulan-bulan menjadi tanda tanya, akhirnya penganjuran Anugerah Meletop Era (AME) 2020 tetap diteruskan dalam norma baharu.
Anugerah pilihan penonton itu yang sepatutnya berlangsung pada 21 April terpaksa ditangguhkan bagi mematuhi perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan pada 18 Mac lalu.
Menurut Ketua Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan dan Drama Astro, Raqim Ahmad, keputusan untuk meneruskan penganjuran AME 2020 adalah sebagai tanda terima kasih kepada peminat yang sentiasa memberi sokongan.
“Keputusan untuk meneruskan penganjuran AME 2020 adalah tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada peminat yang tidak pernah berhenti menyokong kami selama ini,” katanya dalam satu kenyataan media.
Pada masa sama, katanya bagi memastikan AME 2020 berjalan lancar, program ini akan dipantau sepenuhnya oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pihak berkuasa.
Bilangan tetamu jemputan untuk AME 2020 juga akan dihadkan, selain acara dijalankan tanpa kehadiran penonton termasuk kelab peminat, katanya.
AME yang sudah masuk tujuh tahun penganjurannya akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse pada 20 Disember, jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.
AME 2020 juga boleh distrim menerusi perkhidmatan Astro Go dan On Demand.
Asyraf Roslan
Tue Dec 01 2020

AME yang sudah masuk tujuh tahun penganjurannya akan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Mac 2025.

Mesir kemukakan pelan pembinaan semula Gaza, seru pembentukan pentadbiran peralihan
Pembinaan semula Gaza perlukan pembentukan pentadbiran dan keselamatan peralihan bagi memastikan prospek penyelesaian dua negara dipertahankan.

Nor Farah kini pemain boling padang nombor satu dunia
Berdasarkan kemas kini ranking dunia wanita di World Bowls Series, Nor Farah kini menduduki kedudukan teratas dengan mengumpul 723 mata.
Tumpuan Rabu – 5 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Singapura sahkan terdapat 187 kes keracunan makanan dalam program latihan nasional
Insiden keracunan makanan itu pertama kali dilaporkan di Sekolah Seni Singapura, apabila 20 pelajar mengalami simptom gastroenteritis.

Sekolah antarabangsa tawar pendidikan percuma kepada 66 anak Palestin
Sebuah sekolah antarabangsa persendirian bersetuju menyediakan pendidikan secara percuma kepada 66 kanak-kanak dan remaja Palestin yang berada di Malaysia.

Ukraine mampu bertahan enam bulan tanpa sokongan AS
Ukraine masih bergantung kepada AS bagi beberapa jenis senjata tertentu, termasuk sistem pertahanan udara dan sistem pelancar roket pelbagai jarak jauh.

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

Kes tembakan APMM: Malaysia-Indonesia selesai secara damai - Saifuddin
Malaysia dan Indonesia sepakat menyelesaikan insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Selangor secara damai bagi memastikan hubungan diplomatik kekal terpelihara.

KDN dalam fasa teliti 73 kesalahan dalam SOSMA - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti 73 kesalahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi tujuan semakan semula.

Anugerah Meletop ERA 2021 ditunda
Anugerah Meletop ERA 2021 (AME2021) yang sepatutnya berlangsung esok (30 Januari) ditunda berikutan peningkatan jumlah kes harian COVID-19.

AME raih kontrak pembinaan RM359 juta dari Ye Chiu di Johor
Blok baharu bangunan tersebut akan menyokong fasiliti pengeluaran sedia ada Ye Chiu di Tanjung Langsat.

Kamal Adli lamar Uqasha Senrose ketika siaran langsung AME 2020
Kamal mengeluarkan cincin sebelum melutut dan membuat lamaran terhadap Uqasha.

Tarik diri sebagai pengacara Anugerah MeleTOP Era, ini penjelasan Alif Satar
Penarikan diri itu dibuat Alif selepas memikirkan dia perlu memberi tumpuan yang lebih kepada kesihatannya selepas pulih daripada jangkitan pandemik COVID-19.

Tetap diteruskan, AME 2020 berlangsung dalam norma baharu
Anugerah pilihan penonton itu yang sepatutnya berlangsung pada 21 April terpaksa ditangguhkan bagi mematuhi perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Banyak tawaran lakonan terpaksa ditolak kerana kekangan masa"- Neelofa
Pengacara dan usahawan, Neelofa mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan yang diberikan disebabkan sibuk dengan tugas.

AME 2018 platform memerangi kemurungan
Pentas anugerah berprestij pilihan penonton, Anugerah Meletop Era (AME) bakal menjadi platform untuk menyampaikan mesej positif buat penggiat seni tanah air.