KUALA LUMPUR: Bukan sedikit cabaran yang dihadapi kru filem Tamil tempatan, Naam Katra Isai, yang terpaksa 'berjuang' kira-kira 10 tahun sebelum membawa karya mereka untuk tontonan umum.
Ia ditambah lagi dengan dugaan yang melanda di seluruh dunia pada 2020 akibat pandemik.
Namun, berkat kesabaran, filem Naam Katra Isai yang membawa maksud 'muzik yang kita pelajari' akhirnya diluluskan Lembaga Penapis Filem (LPF) setelah 14 kali perubahan dibuat kepada versi asal.
Ini termasuk beberapa babak yang memaparkan aksi pergaduhan yang dijadikan sebagai adegan dalam trailer serta beberapa perubahan lain.
Filem Naam Katra Isai ini mengisahkan perjalanan hidup serta kesengsaraan yang terpaksa ditempuh penggubah muzik dan penulis lirik lagu, serta berlapis dengan cerita sinema tempatan.
Pastinya, filem ini bukan sekadar hiburan sebaliknya terdapat mesej tersirat yang membuka mata penonton kepada realiti dunia hiburan tanah air yang sebenar.
Mungkin tidak keterlaluan sekiranya dikatakan filem ini diadaptasi atau mendapat inspirasi daripada peristiwa benar yang terpaksa didepani anak-anak seni tempatan.
Menariknya, Naam Katra Isai ini turut mengangkat tema kasih sayang dan ikatan kekeluargaan antara kaum.
Meskipun sudah 10 tahun filem ini mula dibikin namun tema dan naratifnya masih lagi segar tanpa 'mencacatkan' realiti semasa.
Filem itu diperkuatkan dengan gandingan barisan pelakon seperti T. Danesh Kumar yang dikenali sebagai Saresh D7 (yang juga pengarah filem ini), Yuvaraj Krishnasamy, Alvin Martin, Kaameshaa Ravindran dan Irfan Zaini.
Sekiranya filem ini ditayangkan lebih awal, ia sepatutnya menjadi filem tamil pertama kepada artis Oh My English, Kaameshaa dan Irfan.
Selain itu, melihat lawak bersahaja Alvin Martin bukan sahaja akan membuatkan penonton kering gusi malah menjadi highlight kepada filem ini.
Jadi apa tunggu lagi, ayuh beri sokongan kepada filem tempatan yang kini sedang ditayangkan di pawagam!
Umavathi Ramayah
Sun Nov 26 2023
Meskipun sudah 10 tahun filem Naam Katra Isai mula dibikin, namun tema dan naratifnya masih lagi segar tanpa 'mencacatkan' realiti semasa.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
'Tersadai' 10 tahun, Naam Katra Isai akhirnya temui penonton
Bukan sedikit cabaran yang dihadapi kru filem Tamil tempatan Naam Katra Isai yang terpaksa 'berjuang' kira-kira 10 tahun sebelum membawa karya mereka untuk tontonan umum.