SIAPA sangka, impian percutian yang semakin terjangkau lingkungan bajet sejak 10 tahun kebelakangan ini membuatkan lebih ramai orang berpeluang untuk melancong ke luar negara.
Lebih istimewa, sekiranya percutian itu adalah suatu ‘hadiah’ atas usaha keras dan penat lelah melaksanakan sesuatu hingga tuntas – pastinya lebih bermakna.
Namun, tiada sesiapa pun juga yang menyangka, nikmat itu pada hari ini berdepan kekangan dan cabaran apabila seluruh dunia menutup pintu pelancongan, lantaran sibuk berperang dengan ancaman COVID-19.
Walau ramai yang kecewa dan akur dengan situasi sekarang ini, tidak salah sekiranya kita terus menghidupkan momen terindah pengembaraan dan percutian.
Ia penting supaya ia dapat dijadikan bekalan semangat, seterusnya memberi keyakinan pada diri agar hal-hal indah dan positif dapat dikembalikan pada hari-hari mendatang.
Begitulah juga perkongsian kisah libur bagi juara program Gegar Vaganza musim keenam, Naqiu, yang pada awal Februari lalu sempat menjejakkan kaki ke ibu kota Republik Czech bersama isteri tercinta, Hani.
“Macam saya kalau saya di Malaysia, saya sangat sibuk. Sejak selesai Gegar Vaganza (Disember 2019) sampailah sebelum datang ke Prague ini (2 Februari lalu) saya tidak bercuti langsung.
“Maka, pentingnya bercuti ini adalah supaya saya boleh lepaskan tekanan dan saya boleh luangkan masa dengan isteri, yang saya rasa sudah tiga atau empat bulan tak dapat habiskan waktu bersama,” ujar pelantun vokal bertenaga itu yang kini tampil dengan lagu Sinar Kedua.
Selain itu, tambahnya, percutian di destinasi yang berbeza dan menenangkan seperti Prague turut merangsang idea kreatifnya sebagai penggiat seni.
“Pentingnya bercuti ini juga adalah untuk saya refresh diri, dan mencari idea-idea baharu untuk karier saya... sebab sekarang sudah ada dua (bidang yang diceburi) iaitu nyanyian dan juga lakonan.
“Manalah tahu di sini saya dapat satu idea yang masterpiece, kan? Sebab selama ni otak dan badan kita sudah penat bekerja, maka percutian ini bagus untuk menyegarkan (fikiran) semula,” jelas pemilik nama sebenar Wan Naqiuddin Mohd Najib itu.
Baik Naqiu mahupun Hani, meskipun masing-masing mengaku agak tercabar dengan suhu dingin di kota itu sewaktu kunjungan tersebut, mereka tetap sependapat bahawa Prague wajib dikunjungi mereka yang mencintai sejarah, seni kreatif dan seni bina lama yang unik serta terpelihara.
Berikut adalah antara lokasi menarik di Prague yang sempat dilawati oleh Naqiu dan Hani dalam percutian tajaan SelamatBercuti.com:
Old Town Square
Kunjungan ke Prague wajib bermula di Old Town Square dan sekitarnya. Dataran serba meriah yang menyimpan cerita sejak tahun 1091 itu dikelilingi banyak bangunan bersejarah dengan gaya seni bina menarik, dari sentuhan Gothic ke Baroque. Antara bangunan ikonik di kawasan itu adalah Old Town Hall yang menempatkan sebuah jam astronomi yang rumit mekanismanya namun masih berfgungsi dengan baik. Selain itu, foto menarik juga dapat diambil berlatarkan tugu peringatan tokoh nasionalis Jan Hus, gereja St. Nicholas dan gereja Tyn, Kinsky Palace serta deretan bangunan gaya Renaissance di sebelah selatan dataran.
Charles Bridge
Jambatan yang berpenampilan mewah dengan arca sejarah ini begitu popular bagi penduduk tempatan dan juga pelancong, kerana ia menghubungkan kawasan Old Town dengan Prague Castle. Menjadi satu-satunya jambatan untuk menyeberang Sungai Vltava sehingga tahun 1841, ia dihiasi 30 buah arca patung yang tersusun dalam dua barisan di kiri dan kanan laluannya, dengan setiap satunya mewakili tokoh penting dalam sejarah Czech.
Petrin Lookout Tower
Binaan menara keluli setinggi 63.5 meter ini dibina pada tahun 1891. Bertapak di puncak Petrin Hill yang setinggi 318 meter, ia cukup menjadikan lokasi ini paling strategik untuk menikmati panorama 360 darjah kota Prague. Sama ada memilih untuk mendaki 299 anak tangga atau menaiki lif dengan bayaran berpatutan, pengunjung bakal terpesona apabila tiba di dek tinjaunya.
Wenceslas Square
Mahu berbelanja? Wenceslas Square di bahagian New Town dalah sebuah pusat bisnes, komersial dan kebudayaan. DI sini, banyak acara keramaian dan perayaan dianjurkan. Kawasan yang mesra pejalan kaki ini dipenuhi deretan kedai, butik dan gedung beli-belah yang menawarkan pelbagai barangan gaya hidup dan jenama berkualiti. Pada waktu malam, lokasi ini menjadi tumpuan muda mudi yang menghabiskan waktu santai di kafe, restoran, kelab hiburan dan banyak lagi.
** Jangan lupa saksikan momen manis percutian ini dalam program Romantika Raya Naqiu & Hani di Astro Ria pada Rabu, 27 Mei 2020, jam 12 tengah hari.
Hamzah Hamid
Tue May 26 2020
Naqiu dan Hani menikmati pemandangan menakjubkan di Charles Bridge, Prague pada Februari lalu. - Astro AWANI/Hamzah Hamid
AWANI Ringkas: Tiga eksekutif jualan didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [24/12/2024] – Suasana Pilu | Tindakan Syarikat Lori Dan Bas | Jumlah Agihan Rm10.1 Bilion | Bantu Siasatan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Ratusan sambut jenazah lima sekeluarga nahas Ayer Keroh
- Siasatan terperinci punca nahas, kemungkinan punca tayar lori
- Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi tempoh lima tahun
- Dua lelaki ditahan pergaduhan penyokong Harimau Malaya dan Singapura
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Ratusan sambut jenazah lima sekeluarga nahas Ayer Keroh
- Siasatan terperinci punca nahas, kemungkinan punca tayar lori
- Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi tempoh lima tahun
- Dua lelaki ditahan pergaduhan penyokong Harimau Malaya dan Singapura
#AWANIRingkas 24 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 24 Disember 2024
1️⃣ Rampasan lebih 200kg dadah, terbesar di Terengganu
2️⃣ Tiga eksekutif jualan didakwa
3️⃣ Dua lelaki ditangkap bantu siasatan
1️⃣ Rampasan lebih 200kg dadah, terbesar di Terengganu
2️⃣ Tiga eksekutif jualan didakwa
3️⃣ Dua lelaki ditangkap bantu siasatan
IHPR Malaysia turun 0.4 peratus pada November - Jabatan Perangkaan
Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia turun 0.4 peratus pada November 2024, lebih perlahan berbanding penurunan 2.4 peratus dicatatkan pada Oktober 2024.
Consider This: Humanitarian Crises — Negotiating Aid
2024 has been a year of unrelenting humanitarian crises—conflict and violence inflicted on so many, the climate crisis displacing millions, and all of it, ultimately, caused by human actions. But amidst the chaos, there’s still hope. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Alexander Matheou, Regional Director of the International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC) for Asia Pacific. We explore the work of the IFRC in Afghanistan and Myanmar, and the lessons humanitarian diplomacy has taught us that hope isn’t passive but built through action, advocacy, and collaboration.
Tiga renjer cedera dalam insiden tembakan, letupan bom di Narathiwat
Pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tembakan melibatkan kira-kira 10 suspek kumpulan bersenjata dengan anggota renjer.
Jepun tingkat keselamatan siber selepas kecurian AS$306 juta dari DMM Bitcoin
Jepun akan meningkatkan langkah keselamatan siber selepas penggodam mencuri 48 bilion yen (AS$306 juta) daripada bursa mata wang kripto Jepun DMM Bitcoin, kata Ketua Setiausaha Kabinet Yoshimasa Hayas
Ringgit ditutup tinggi mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak
Ringgit mengekalkan trajektori menaiknya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama lain, mendapat rangsangan terutamanya daripada kenaikan harga minyak.
Agenda AWANI: Pengasingan Kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya
Memahami rasional utama di sebalik cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya di Malaysia? Bagaimana ia akan meningkatkan kebebasan dan integriti sistem perundangan? Diskusi 9 malam
Nahas ngeri Ayer Keroh: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan
Dua lagi anak yang berusia 7 dan 4 tahun, kini dirawat di zon merah dan zon kuning Hospital Melaka.
Terpesona seni bina bersejarah, Naqiu cari ilham dan ketenangan di Prague
Juara Gegar Vaganza musim keenam, Naqiu, sempat menjejakkan kaki ke ibu kota Republik Czech bersama isteri tercinta, Hani.