Terima kejutan hari lahir ke-33, Sari Yanti geram dengan Jep Sepahtu
Pelakon Sari Yanti meluahkan rasa 'geram' dengam suaminya, pelawak Jep Sepahtu yang membuat kejutan bersempena hari lahirnya yang ke-33.
Gempak
Fri Nov 10 2017
Aktres itu berkongsi momen kejutan tersebut menerusi beberapa sedutan video dan foto yang dimuat naik di Instagram Stories Sari, @sariyanti.
PELAKON Sari Yanti meluahkan rasa 'geram' dengan suaminya, pelawak Jep Sepahtu yang membuat kejutan bersempena hari lahirnya yang ke-33.
Aktres itu berkongsi momen kejutan tersebut menerusi beberapa sedutan video dan foto yang dimuat naik di Instagram Stories Sari, @sariyanti.
"Geram betul dengan budak belakang kakak tu. Orang dah baring nak tidur dia suruh buka pintu. Kata suruh ambil baranglah, apa lah. Dah lah sarung jubah tak gosok. Oh my malunya!" seloroh Sari.
Selain itu, Sari turut merakamkan ucapan terima kasih serta meluahkan rasa syukur kerana diraikan dengan kejutan.