Namun, di sebalik kehebatannya dalam bidang tersebut, beliau juga sering berkongsi ‘tip’ sebagai bapa menerusi media sosial.
Dalam status terbaru di Instagramnya, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi cara mudah untuk melatih bayi pusingkan badan daripada merangkak kepada baring secara telentang.
Teknik itu mungkin bukanlah perkara baru tetapi caranya melatih dua anak lelaki kembarnya, Adam dan Noah begitu mencuit hati netizen.
Dengan cara bersahaja, suami kepada Datin Dr Halina Mohd Yunos yang berpakaian baju Melayu hijau ini memuat naik video mengenai aksinya bersama dua orang si cilik itu.