Teater Dato' Seri yang akan dipentaskan minggu depan mahu mengingatkan masyarakat tentang nilai-nilai kemanusiaan yang terhakis kerana kerakusan mengejar pangkat dan kuasa.
Pementasan yang diadaptasi daripada karya klasik Shakespreare, Macbeth itu mengangkat latar belakang Malaya pada era 1960-an. Ia dipentaskan dalam Bahasa Melayu.
"Cerita ini adalah mengenai seorang bangsawan yang menjadi wira, kemudian menjadi tragis apabila dia terlampau memburu kuasa sehingga sanggup membelangkangkan raja.
"Taat setia diketepikan kerana taksub dengan kuasa kerana terpengaruh dan tersahut dengan hasutan bomoh dan sebagainya," kata Pengarah Tan Sri Muhammad Ali Hashim dalam satu temubual ekslusif bersama Astro AWANI.
Walaupun karya seni William Shakespeare sudah mencecah 400 tahun, mesej dan penyampaian karyanya masih releven hari ini bukan sahaja di Eropah, tetapi di seluruh dunia.
"Khusus buat warga Malaysia, mungkin masanya sudah tiba untuk kita merenung, menilai dan mentafsir semula jatidiri bangsa Malaysia yang segang kita corakkan bersama untuk masa hadapan.
"Apakah kita harus menerima sahaja pencorakan yang didahulukan oleh golongan elit politik peneraju kuasa mentakrifkan segala-galanya mengikut selera, pegangan hidup dan persepsi mereka?" kata Muhammad Ali.
Bagi Muhammad Ali, sesebuah seni persembahan seperti Dato' Seri mempunyai kemampuan untuk memberi pengajaran dari pelbagai aspek kepada penonton menerusi jalan cerita dan isu yang dibangkitkan.
"Karya besar seperti ini, ialah untuk mengetuk pintu hati minda kita, menyedarkan kita. Bukan untuk mengatakan apa-apa tentang Shakespeare dan zaman itu. Pada zaman Inggeris, Scotland sememangnya jauh beza daripada masyarakat melayu.
"Tetapi karya ini boleh buka minda kepada isu-isu yang sama, supaya kita boleh fikirkan dan renungkan isu yang sama. Sebab itulah karya Shakespeare terkenal sehingga hari ini," kata Muhammad Ali.
Bagi pelakon, Radhi Khalid, beliau mengakui cerita ini tetap releven merentasi peredaran zaman.
"Ceritanya releven walaupun sudah 400 tahun ditulis kerana ia adalah cerita pasal manusia, tanah air, kesetiaan, kasih sayang, dengki mendengki dan sebagainya," kata Radhi
Sementara itu, pelakon Na'a Murad juga menegaskan walaupun cerita ini mempunyai unsur politik, tetapi ia bukan isu politik sepertimana yang dibayangkan.
"Ada orang tanya, cerita ini ada unsur politik atau tidak? Ya. Ada unsur politik, tapi bukan politik yang kita fikirkan.
"Ia adalah politik manusia. Politik antara suami dan isteri, antara kawan, antara saudara.
"Dalam teater ini, ia menunjukkan pengikut derhaka kepada pemimpin dan pemimpin derhaka kepada pengikut," kata Na'a Murad.
Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebagai pengarah teater, sebelum ini pernah menceburi dunia korporat sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp) sehingga 2010.
Dalam pementasan ini, beliau berganding bahu dengan anaknya, Omar Ali yang merupakan pengarah residen bagi Kuala Lumpur Performing Arts Center (KLPAC) untuk mengarah dan mengadaptasi Dato' Seri.
Menurutnya, idea ini tercetus apabila KLPAC merancang untuk mengadakan siri pementasan karya William Shakespeare sempena ulang tahun ke-400 kematian Shakespeare.
Pementasan Dato' Seri pada kali ini menampilkan pelakon, Radhi Khalid, Safia Hanifah, Na'a Murad, Reza Minhat serta penampilan istimewa oleh Datuk Faridah Merican.
Pelakon utama Dato' Seri dimainkan oleh Radhi Khalid yang memegang watak Dato DiKajang iaitu Macbeth.
"Watak Dato' DiKajang ini adalah seorang pendendam. Pada asalnya, dia baik hati dan luhur. Dia juga berpangkat, tetapi disebabkan perkara tertentu terjadi, dia tidak berpuas hati, dan terpengaruh dengan desakan isteri yang mahukan kuasa.
"Seperti kebanyakan karya William Shakespeare, menerusi pementasan ini kita dapat lihat yang 'Dato' Seri' ini meluahkan fikirannya dan bercakap dengan dirinya dan dia sekali gus bercakap dengan semua penonton," kata Radhi Khalid.
Sementara itu, watak Datin Seri, isteri kepada Dato' Seri dimainkan oleh Safia Hanifah.
"Watak Lady Macbeth, iaitu Datin Seri sepertimana mana kita tahu adalah watak wanita oleh Shakespeare yang paling mencabar untuk dimainkan.
"Ia penting untuk saya untuk tidak 'menghukum dia' apabila saya mainkan wataknya walaupun niat dan kata-katanya adalah jahat. Itulah cabaran bagi saya, iaitu untuk memainkan wataknya dalam satu dimensi," kata Safia.
Dato' Seri adalah salah satu daripada lapan hasil karya Shakespeare yang akan dipentaskan sepanjang tahun ini di bawah pimpinan Datuk Faridah Merican selaku Pengeluar Eksekutif bersama Joe Hasham selaku Pengarah Kesenian.
Teater Dato' Seri akan dipentaskan di Pentas 2, KLPAC antara 1 Jun hingga 5 Jun 2016 oleh The Actors Studio Seni Teater Rakyat di KLPAC. Tiket boleh dibeli menerusi www.ticketpro.com.my atau secara langsung di KLPAC Box Office.
Dania Zainuddin
Sat May 28 2016

Pementasan yang diadaptasi daripada karya klasik Shakespreare, Macbeth, itu mengangkat latar belakang Malaya pada era 1960-an.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Teater Dato' Seri: Kerakusan mengejar kuasa oleh lelaki berpangkat
Tokoh dunia korporat, Tan Sri Muhammad Ali Hashim buat pertama kali bertindak sebagai pengarah teater di samping anaknya, Omar Ali, pengarah residen KLPAC.