MAESTRO muzik tersohor, Datuk Ramli MS tampil memperbetulkan ‘salah sangka’ yang dinyatakan oleh penyanyi Aina Abdul terhadap kenyataan mengenai penyanyi perlu mempunyai album.
Ramli berkata, sebab utama dia mengutarakan tentang keperluan pembikinan album adalah disebabkan untuk kesenangan penyanyi itu, selain kelestariannya dalam industri muzik.
“Apabila saya mengatakan penyanyi perlu ada album, apa yang saya maksudkan adalah modul penghasilan single sebenarnya adalah satu modul yang tidak boleh diguna pakai.
"Apabila penyanyi merakamkan album, ia sekali gus memberi jaminan kepada dirinya untuk tempoh mungkin 40 tahun akan datang.
“Contohnya, jika penyanyi rakam satu single setahun, dia perlu ambil masa 15 tahun untuk dapatkan 15 lagu.
"Sebaliknya, jika buat album, dia mungkin rakam 13 hingga 14 lagu untuk album itu dan memerlukan sekitar lima tahun untuk dapat 60 lagu. Dalam 60 lagu itu, mesti ada sekitar 15 lagu yang hits.
“Jadi 15 lagu ini yang akan menjamin kerjaya kamu pada masa akan datang.
"Tengok Shila Majid, Jamal Abdillah dan Ella, mereka sudah tidak merakamkan album sekarang… sebab mereka dah buat benda ni (rakam album) 30 tahun lepas.
“Dan apabila anda ada 15 buah lagu, konsert anda tidak akan pernah gagal,” katanya kepada Gempak.
Dalam masa sama, Ramli turut berpesan kepada Aina supaya belajar serba sedikit tentang bisnes muzik, selain menahan diri daripada ‘terkesan’ dek kata-kata tidak baik yang dilemparkan oleh haters.
Ramli juga meminta agar Aina sentiasa percaya diri dan tidak mendengar kata-kata momokan yang mungkin keluar daripada bayang-bayangnya sendiri.
“Bayang-bayang… jangan dengar. Sebab diri dia mungkin keliru, bayang-bayang dia mengatakan ‘kau gelakkan aku’.
"Tapi bayang-bayang tu milik dia. Perlu tegas, dan ingat yang dia bayar bil dan mencari rezeki.
“Aina listen, haters tak akan positifkan kamu. Kamu buat baik atau tidak, mereka akan sentiasa negatif.
“Tak perlu ikut haters tu. Mereka ini semua takkan suka kau Aina.
"Kau buatlah baik, kau dermalah kepada Palestin… itu pun mereka cakap nak menunjuk. Padahal kau ikhlas. Benda ni kena kawal,” katanya lagi. -Gempak
Gempak
Mon Oct 30 2023
Ramli berkata, sebab utama dia mengutarakan tentang keperluan pembikinan album adalah disebabkan untuk kesenangan penyanyi itu, selain kelestariannya dalam industri muzik. -Gempak
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lebar sayap ke Indonesia, Aina Abdul tidak mengalah
Penyanyi, Aina Abdul mengakui kesempatan untuk menempa nama di negara orang adalah merupakan satu impian untuk setiap anak seni.
Artis ternama bergabung dalam konsert amal MPO Resonance for a Reason
Matlamat MPO adalah untuk memupuk apresiasi muzik dalam kalangan belia dan mempromosikan muzik klasikal dan tempatan kepada semua lapisan masyarakat.
Impian Aina Abdul anjur konsert jelajah pertama hampir terlaksana
Bagi Aina, segala cabaran yang dihadapi, sehingga pernah hampir putus asa, tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk menggapai impiannya.
Sekarang masa untuk bekerja, bukan bercinta - Aina Abdul
"Rugi kalau ada lelaki hadir dalam hidup saya sekarang.... saya busy!"- Aina Abdul
Air mata Aina Abdul gugur kerana konsert Imaji Tour
Konsert Aina Abdul Imaji Tour akan berlangsung di tiga lokasi iaitu Universiti Malaysia Sarawak (14 Disember), Zepp Kuala Lumpur (27 Disember), dan Universiti Utara Malaysia (11 Jan 2025).
Gaun rotan Aina Abdul, penghargaan Melinda Looi untuk pengusaha kraf Malaysia
Aina beraksi di pentas Majlis Sambutan Minggu Perpaduan 2024 baru-baru ini dengan mengenakan gaun kembang berasaskan rotan hasil rekaan Looi.
Memukau! Magis Aina Abdul bawa penonton ke alam fantasi
Bukan sahaja terpukau dengan kelunakan dan kekuatan Aina malah iringan muzik daripada Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) membuatkan penonton seolah-olah dibawa ke alam fantasi penuh magis.
Aina Abdul kongsi pengalaman bekerja dengan Melly Goeslaw
Aina berkata, Melly tidak menyekat kreativitinya selain memberi kebebasan dalam menyampaikan lagu tersebut mengikut caranya.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
'Alamak Raya Lagi' satu lagu yang bagus, harap peminat sokong De Fam - Aina Abdul
Dalam kegembiraan mendengar karya artis tempatan timbul pula isu lagu nyanyian De Fam itu seperti tidak bersyukur dengan hari perayaan Aidilfitri.