PENYANYI Mila Jirin gembira apabila suaminya, Isz Mustapha membuat kejutan menghadiahkannya sebuah kereta mewah jenama Mercedes-Benz S 400L AMG.

Menerusi hasil carian di laman web kenderaan mewah tersebut, harga kereta itu bermula daripada RM565,256 dan dihadiahkan suaminya tanpa disangka.

Mila berkongsi berita gembira ini menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.

Mila bagaimanapun bertanyakan kepada suami, mengapakah dia menghadiahkan kereta tersebut kepadanya.

Suaminya memberitahu, hadiah tersebut diberikan kerana ingin merealisasikan impian Mila.

“Hadiah dari suami tercinta. Gembira tak terkata! Walau pada awalnya saya berfikir en suami hanya bergurau senda 2 hari lepas.

"Saya bertanya : "Kenapa hadiahkan saya kereta ni??" Jawap en suami "This is your dream car... and as a rewards for your achivement & effort to our business," katanya.

Dalam entri yang sama Mila turut berkongsi fotonya bergambar dengan kereta tersebut.

Rata-rata pengikutnya turut gembira dan menyifatkan Mila sebagai seorang isteri yang bertuah kerana mempunyai suami seperti Isz.

Penyanyi yang kini bergelar usahawan perkahwinan menerusi bisnes Bizmilla Catering ini berkahwin dengan suaminya pada 11 November 2015.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Mohd Arif Zikri pada 12 Mei 2017.


"HADIAH dari MENTOR a.k.a Suami tercinta" - Gembira tak terkata! Walau pada awalnya saya berfikir en suami hanya bergurau senda 2 hari lepas