Filem lakonan Kamal Haasan ‘Viswaroopam’ telah menggamit kontroversi apabila penayangannya telah ditarikbalik oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Kontroversi ini turut mengundang beberapa komen dari ketua komuniti India sendiri yang mengharapkan agar filem ini dilepaskan untuk tayangan orang ramai.
Antara komen yang kami terima adalah dari Ketua Pemuda Umno MIC, T. Mohan yang merasakan ia hanyalah filem dan tiada masalah jika ianya ditayangkan.
Wartawan Astro Awani telah berjaya menghubungi Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan, Razak Drahman untuk mendapat ulasan lanjut mengenai status filem ‘Viswaroopam’.
Menurut beliau, filem itu menerima bantahan berbentuk surat dan emel dari badan-badan NGO beragama Islam yang mahukan filem itu dikaji semula.
Pihaknya mendapat arahan dari Kementerian Dalam Negeri untuk menahan filem berkenaan setelah ditayangkan hanya untuk sehari .
Filem itu ditahan untuk diteliti semula kerana dikatakan menyentuh sensitiviti orang-orang Islam di negara ini.
Bila ditanya mengapa filem tersebut dilepaskan untuk penayangan pada 24 Januari lalu, beliau mengulas,
“Pegawai-pegawai yang terlibat dalam menapis filem itu buat kali pertama mendapati bahawa tiada masalah jika filem itu ditayangkan. Namun setelah kita menerima bantahan dari orang ramai, dan mengambil kira isu sensitif melibatkan agama dan kaum yang mungkin bakal terjadi, penayangan filem berkenaan ditahan untuk kajian”
Razak berkata lagi bahawa beberapa pegawai JAKIM telah dipanggil untuk bersama-sama meneliti semula filem berkenaan bersama pegawai LPF.
Keputusan status penayangan filem tersebut akan diumumkan pada minggu ini.
Pegawai JAKIM yang kami hubungi turut mengesahkan perkara ini.
Azyyati Ahmad
Thu Jan 31 2013


Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Kamal Haasan promosi filem 'Indian 2' di Malaysia
Pelakon terkenal India Kamal Haasan melahirkan rasa terima kasih kepada peminatnya di Malaysia atas sokongan tidak berbelah bahagi.

Anwar luang masa bertemu ‘superstar’ Kamal Haasan
Perdana Menteri, meluangkan masa bertemu dengan seniman tersohor India, Kamal Haasan pada Jumaat.

Anwar Ibrahim 'lepak' dengan superstar India, Kamal Haasan
Aktor berkenaan dilaporkan berada di Kuala Lumpur bagi mempromosikan filem aksi, Vikram.

Kamal Haasan positif COVID-19
Pelakon berusia 67 tahun itu baru-baru ini ke AS untuk melancarkan jenama fesyennya, House of Khaddar.

Rajinikanth, Kamal Haasan penuh bergaya di Malaysia
Kedua-dua pelakon yang turut memiliki jutaan peminat di Malaysia, hadir dengan helikopter untuk pelancaran dana itu.

Ribuan peminat Kollywood banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil
Ribuan peminat industri hiburan Kollywood di Malaysia membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini bagi menyaksikan Festival Natchathira Vizha 2018 yang menampilkan lebih 300 artis India S

Tiket bertemu Rajnikanth, Kamal Haasan dijual mulai esok
Tiket ke program Natchathira Vizha 2018, sebuah pesta hiburan melibatkan 250 bintang filem India termasuk Rajinikanth dan Kamal Haasan yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil di sini pada 6 Jan d

Status penayangan Viswaroopam akan diketahui minggu ini
Filem lakonan Kamal Haasan Viswaroopam telah menggamit kontroversi apabila penayangannya telah ditarikbalik oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).