Pelakon tersebut, 54 tahun, menemui ajal pada Sabtu akibat mati lemas secara tidak sengaja selepas tidak sedarkan diri," kata jurucakap polis. Sridevi ditemui di dalam tab mandi di bilik hotelnya.
Laporan awal menyatakan Sridevi mengalami serangan jantung ketika menghadiri majlis perkahwinan keluarga di negara itu.
BACA: Sridevi mati lemas bukan serangan jantung?
BACA: Sridevi meninggal dunia akibat serangan jantung
Mayatnya bakal diawet sebelum diterbangkan ke India untuk upacara pengebumian.
Susulan berita kematian pelakon tersebut, orang ramai berkumpul di hadapan rumahnya di Mumbai bagi memberi penghormatan terakhir sebelum upacara membakar mayat dijalankan.
BACA: Cantik, 'bergetah' dan simbol seks, tetapi 10 Diva Bollywood ini tidak pernah berkahwin
Mengapa Sridevi sangat popular?
Sridevi membintangi beberapa filem klasik India seperti Mr India, Chandni, ChaalBaaz dan Sadma dan fasih dalam Tamil, Telugu, Malayalam, Kannada dan Hindi.
Kariernya bermula pada usianya empat tahun dan sebaik sahaja mencecah umur 13 tahun, Sridevi diberi watak dewasa sebagai seorang wanita yang ingin menuntut bela kematian kekasihnya.
Pertama kali Sridevi mendapat watak utama dalam filem Bollywood adalah pada 1978, dan tidak lama selepas itu dia muncul sebagai salah seorang pelakon paling popular India.
Sridevi antara pelakon India yang mampu mencapai kejayaan box office tanpa sokongan pelakon utama lelaki.
Namun Sridevi berhenti berlakon seketika pada 1997 selepas membintangi filem Judaai. Dia kembali ke dunia lakonan pada 2012 dalam filem berbahasa Inggeris, English Vinglish.
Pada 2013, kerajaan India menobatkannya dengan anugerah Padma Shri - anugerah keempat tertinggi yang diberi kepada orang awam di India.