PENYANYI rap, SonaOne akui telah membuat perjanjian dengan Yuna ketika bersetuju untuk berkolaborasi dalam single duet terbaharu, Pulang baru-baru ini.
SonaOne atau nama sebenarnya Mikael Adam Lozach,28, berkata perjanjian berkenaan dilakukan agar kerjasamanya dengan bintang yang mencipta nama di Amerika Syarikat (AS) itu berterusan selepas ini.
"Sebenarnya, Yuna yang pada mulanya bertanyakan sama ada saya mahu berkolaborasi dengannya atau tidak untuk single terbaharu ciptannya.
"Sudah tentu saya setuju kerana sudah sekian lama saya menanti untuk bekerjasama dengannya, cuma disebabkan kekangan masa dan masing-masing sibuk.
"Namun, dalam masa yang sama saya turut membuat perjanjian agar selepas ini dia pula akan menyanyi bersama saya dalam lagu ciptaan saya dan dia bersetuju.
"Jadi sekarang dia ada hutang dengan saya untuk satu lagu berkolaborasi bersama," katanya kepada Astro Gempak ketika ditemui.
Pulang yang dihasilkan sepenuhnya oleh Yuna itu dilancarkan menerusi aplikasi muzik, iTunes dan Spotify pada 20 Ogos lalu.
Sementara itu, SonaOne turut berkongsi pengalamannya bekerja dengan Yuna dari proses rakaman hinggalah ke pembikinan muzik video.
"Yuna seorang penyanyi berbakat besar dia sangat profesional dalam kerja yang dilakukan. Malah dia akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada setiap detail ketika proses rakaman dilakukan.
"Saya juga seronok bekerja dengannya kerana dia juga seorang yang kelakar dalam diam.
"Kerja kami juga dapat diselesaikan dengan cepat iaitu hanya selepas dua bulan sahaja lagu siap dan dilancarkan," katanya lagi.
Muzik video Pulang yang dirakamkan di Malaysia itu bakal dilancarkan pada 24 November ini.
Gempak
Mon Nov 21 2016

Pulang yang dihasilkan sepenuhnya oleh Yuna itu dilancarkan menerusi aplikasi muzik, iTunes dan Spotify pada 20 Ogos lalu.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Mangsa banjir yang ingin pulang dinasihat minta kebenaran JPBD terlebih dahulu
Mangsa banjir yang ingin pulang ke rumah dinasihat supaya mendapatkan kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) terlebih dahulu.

Thaksin batal hasrat pulang ke Thailand 10 Ogos
Hasrat bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra untuk kembali ke negara itu minggu depan dibatalkan sehingga kerajaan pimpinan Pheu Thai berkuasa.

11 mangsa penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja selamat pulang
Setakat semalam, seramai 123 daripada 153 orang mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja telah berjaya diselamatkan.

LPT 1, Jalan Kuantan-Segamat, dijangka sesak esok dan lusa
Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) dan Jalan Kuantan-Segamat dijangka akan mengalami kesesakan berikutan warga kota mula pulang selepas cuti Aidilfitri di kampung masing-masing.

Pembukaan pintu sempadan: Kasih bertaut kembali, rindu lebih setahun terlerai
Mohd Shafiq Riswan Waris berpisah dengan datuk, nenek serta ibunya sejak November 2020.

Mangsa banjir di Terengganu menurun kepada 11,517 orang
Bilangan mangsa banjir di Terengganu menurun kepada 11,517 orang dan hanya enam daerah masih lagi terjejas.

Mangsa banjir di Sabah dibenarkan pulang
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan tiga PPS di Beaufort ditutup pagi ini.

PKP: 70,000 pelajar IPT pulang ke kampung secara berperingkat mulai hari ini - Noraini
Kira-kira 70,000 daripada 162,414 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang tinggal di kampus pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat mulai hari ini sempena sambutan Aidilfitri.

PKP: Siswa sambut Syawal di kampus
Walaupun penuntut pusat pengajian tinggi dibenarkan pulang beraya bermula hari ini, ada dalam kalangan mereka ambil keputusan sebaliknya.

40 mangsa di PPS Chikus dibenarkan pulang
40 mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Chikus Langkap dibenarkan pulang.