Setelah kejayaan duet Yuna bersama penyanyi antarabangsa Usher dengan lagu ‘Crush’, Yuna bakal tampil dengan kolaborasi baharu yang bakal dilancarkan hari ini (Jumaat).

Perkara ini didedahkan pihak Universal Music Malaysia di akaun rasmi Instagram milik mereka, selain akaun Instagram syarikat milik Yuna iaitu Yuna Room Records turut repost 'teaser' itu.

“Untuk lagu baharu ini, Yuna akan berkolaborasi dengan seorang artis lelaki yang sedang 'boom' di Malaysia,” kata Universal Music Malaysia ringkas.

Untuk lagu baru ini, Yuna akan berkolaborasi dengan seorang artis lelaki yang sedang "boom" di Malaysia. Tak sabar kan??? 2 hari lagi!!!

A photo posted by Universal Music MY (Domestic) (@umdomestic) on



Dalam perkembangan lain, Yuna dan barisan penyanyi lain bakal menjayakan ‘Cinta Concert’ pada 19 dan 20 Ogos.

Selain Yuna, rocker Amy Search, penyanyi/produser Joe Flizzow, vokalis band Hujan, Noh Salleh bakal bergabung untuk menjayakan konsert itu.