Menerusi entri di Instagram (IG), Fazley mendoakan agar segala proses akan dipermudahkan dan menyerahkan keputusan kepada pihak mahkamah untuk menentukan siapa yang bersalah di dalam isu ini.
"Beliau telah ditahan. Sebagai anak dan menantu kami tetap mendoakan beliau.
"Simpati masih tetap wujud walau apa pun yang berlaku. Moga Allah mempermudahkan segala urusan.
BACA: 'Terlalu sedih untuk menangis,' - anak Najib, Rosmah luahkan perasaan
BACA: Doa Najib buat isterinya Rosmah
BACA: Masih belum terbukti 17 pertuduhan ke atas Rosmah berkait 1MDB - Peguam Rosmah
"Yang salah tetap salah yang benar tetap benar. Biar mahkamah yang memutuskan," tulisnya.
Rata-rata memuji sikap Fazley yang sentiasa terbuka dan mendoakan yang terbaik pada ibu mertuanya walaupun mereka sebelum ini mempunyai masalah dalam keluarga.