Mata saya tertumpu melihat gambar segak Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee siap bertengkolok di muka depan akhbar Berita Harian Singapura pada Rabu.
"Siapa kata P. Ramlee hidup 'merempat'? Muka 10." Masthead akhbar itu membariskan tajuk itu bersama dua lagi tajuk menarik untuk tatapan pembaca.
Laju tangan saya menyelak akhbar itu untuk membaca apakah jawapan sebenar tentang penghujung kehidupan anak seni yang nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh yang digembar-gembur akhir-akhir ini.
Sejauh mana benarnya dakwaan yang menjadi 'viral' dalam media sosial bahawa Allahyarham Tan Sri P. Ramlee hidup merempat?, penulis akhbar berbahasa Melayu itu Nur Dhuha Esoof memulakan tulisannya.
Menurut penulis itu, kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbitan Metrowealth International Group Mejar David Teo mengenai seniman tersohor itu baru-baru ini menarik reaksi hebat daripada penggiat seni di seberang Tambak dan Tanahair.
Sehinggakan penulis lirik mapan Singapura, Yusnor Ef tampil untuk berkongsi pendapat beliau akan kenyataan Teo.
Yusnor menganggap Allahyarham P. Ramlee sebagai rakan karib dan mentornya dipetik sebagai berkata mungkin niat Teo baik cuma contoh yang diberikan kurang sesuai.
"Beliau (Teo) menggunakan seorang seniman besar yang telah banyak memberi sumbangan kepada industri filem dan muzik sebagai contoh. Tak kenalah beliau memberi contoh itu," Yusnor dipetik sebagai berkata.
Beliau yang tersinggung dengan kenyataan Teo menambah: "Saya berguru dengan P.Ramlee. Beliau kata karya adalah satu daripada kerja Tuhan, buat sungguh-sungguh dengan penuh kejujuran. Beliau tidak jadikan duit satu matlamatnya."
Yusnor juga berkata P.Ramlee tidak hidup melarat seperti yang dilaporkan.
"Beliau ada rumah, ada kereta. Beliau hidup selesa tapi taklah macam artis sekarang. Kalau bandingkan beliau dengan jutawan, saya rasa tak kena," kata Yusnor.
Akhbar itu juga memetik tulisan pelakon dan pengarah Melissa Saila yang juga anak pelakon veteran Mariani dan anak saudara Biduanita Negara Saloma, yang juga isteri kepada P.Ramlee, di Facebooknya.
"P. Ramlee mungkin miskin di penghujung hidupnya, namun beliau menjadikan hidup orang lain 'kaya' dengan karya-karyanya," tulis Melissa.
"P. Ramlee seniman, bukan ahli perniagaan yang cuma nak kaut duit. Beliau tak kaya harta tapi bukan papa kedana. Cuma beliau tak sayang duit sampai nak bawak kat lubang kubur dan tak reti nak kayakan diri tapi kayakan seni."
Selain Melissa, akhbar itu juga turut memetik kenyataan Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi dan pengarah, pelakon dan pengacara Afdlin Shauki yang turut tidak bersetuju dengan kenyataan Teo.
Sebuah portal menyiarkan kenyataan Teo yang berpesan kepada artis supaya mementingkan sumber kewangan berbanding populariti dalam bidang seni dengan beliau membandingkan kehidupan P. Ramlee yang susah ketika di penghujung usia.
Di mukasurat 10 ruangan GAH! yang sama, akhbar Singapura itu turut memuatkan kenyataan Teo yang tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataannya terhadap Seniman Agung itu.
Memetik mStar Online, akhbar itu berkata Teo yang berada di Beijing, China membuat kenyataan secara bertulis menerusi laman web rasmi Metrowealth pada Julai 11.
"Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua terutamanya kaum keluarga Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dan seluruh penggiat seni tanah air yang terguris dengan isu yg sedang diperkatakan sekarang. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin."
Baru minggu lalu ketika Hari Raya, saya dan keluarga masih tertawa walau telah menonton berulang kali salah satu filem arahan P.Ramlee iaitu Bujang Lapok.
Malah dialog-dialog lucu antara 'Ramli, Sudin dan Ajis' itu boleh diingati dengan mudah hingga kini.
Belum lagi bait-bait puitis lagu yang menyentuh hati nyanyian beliau yang mungkin menyamai pengorbanan beliau dalam dunia seni selama ini.
"Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia, kepentingan sendiri, tidak diingini, bahagia kekasih, saja yang diharapi."
Bernama
Thu Jul 14 2016

Penulis lirik mapan Singapura, Yusnor Ef, tersinggung dengan kenyataan David Teo, mengatakan beliau berguru dengan Tan Sri P. Ramlee dan arwah seniman itu tidak hidup melarat. - Gambar fail

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Hun Haqeem terkejut tindakan David Teo dedah kes saman
Hun Haqeem terkejut dengan tindakan bekas pihak pengurusannya mendedahkan kepada umum mengenai kes saman pelanggaran kontrak yang berlaku sejak 2020.

Insiden ditampar 6 tahun lalu, David Teo maafkan Mat Over
Buat pertama kalinya selepas insiden ditampar kira-kira enam tahun lalu, pelakon Mat Over memohon maaf kepada penerbit, David Teo.

Menoleh 21 tahun Syukur 21
Bayang hadapan atau futuristik yang digambar dalam filem ini benar-benar berlaku di mana kehidupan kita dipandu oleh teknologi digital.

"Ayah sudah tahu hayatnya tidak lama' - David Teo bersedih sambut Tahun Baru Cina
Produser filem popular David Teo akui bersedih kerana bapanya Teo Tuan Ching, 89, meninggal dunia semalam sebelum mereka sekeluarga menyambut Tahun Baru Cina.

Nasihat David Teo untuk Iqram Dinzly
Malah, Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth (MIG) itu turut memberi nasihat ikhlas buat aktor berusia 36 tahun itu melalui laman Instagramnya (IG), hari ini.

PM janji tiada insiden 'ditampar' pada Sesi Dialog TN50
Perdana Menteri berseloroh dengan hadirin pada Sesi Dialog TN50 bersama penjawat awam di Putrajaya apabila menjamin tiada insiden "orang ditampar" pada majlis itu.

Mat Over, David Teo tarik perhatian PM ketika pembentangan NTP
Dua penggiat seni, yang menjadi bualan hangat netizen baru-baru ini, hadir pada pembentangan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2016.

#TN50Seni: 'Buka minda, bincang secara bijaksana' - Netizen
Antara reaksi di media sosial berkata program TN50 ini merupakan sebuah forum terbuka dan hadirin harus saling menghormati.

Siapa kata P.Ramlee hidup 'merempat'?
Sejauh mana benarnya dakwaan yang menjadi 'viral' dalam media sosial bahawa Allahyarham Tan Sri P. Ramlee hidup merempat?, penulis akhbar berbahasa Melayu itu Nur Dhuha Esoof memulakan tulisannya.

NGO kesal kenyataan merempat David Teo terhadap P. Ramlee
Pengerusi Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Tan Sri Yusoff Latiff yang juga Presiden Kelab Peminat P.Ramlee berkata kenyataan David itu kurang tepat dan tidak dapat diterima.