TAGLINE "Shah Alam, peace yo!" cukup sinonim dengan pengacara Datuk AC Mizal yang popular dengan rancangan hiburan Maharaja Lawak Mega dan juga AC Di Sini.

Terbaharu, pengacara yang berasal dari Muar, Johor ini hadir dengan program terbaharu iaitu Punchline DAC.

Program yang berdurasi 1 jam ini akan menyaksikan AC Mizal menemubual selebriti tanah air sambil melakukan pelbagai aktiviti seperti trivia, sketsa, dan juga bermain pelbagai permainan untuk hiburan penonton.

Apa yang lebih menarik, juru solek yang terkenal dengan sifat latahnya iaitu PS Mansur juga turut memeriahkan Punchline DAC sebagai sidekick kepada AC.

PS Mansur juga turut memeriahkan lagi set Punchline DAC ini dengan celoteh lucunya sebagai sidekick kepada Dato’ AC.

Antara barisan selebriti yang akan bersama AC sepanjang program ini ditanyangkan ialah Sharifah Amani, kumpulan Dolla, peserta Big Stage 2020 dan maestro muzik Datuk Ramli MS.

Sharifah Amani antara selebriti yang memeriahkan set Puncline DAC

Punchline DAC sudah mula bersiaran di saluran Astro Warna (127) dan Warna HD (107) pada setiap Rabu jam 9 malam.

Program yang menjanjikan pengalaman tontonan ‘gelak tidak henti’ ini juga boleh distrim secara percuma bagi pelanggan Astro melalui aplikasi Astro GO dan juga On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.