PELAWAK dan penyampai radio, Shuib kecewa dengan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan bisnes kafe perusahaannya telah mendapat sokongan dana daripada pihak organisasi rahsia, Freemason.
Jelas Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, dia berusaha sehabis daya untuk meletakkan bisnesnya itu di posisi sekarang.
“Saya terbaca ramai orang yang bercakap mengenai bisnes saya, Bubblebee. Ada yang kata bisnes ini dilabur oleh Freemason. Apa gila la yang cakap macam tu.
“Saya bersusah payah selama tiga tahun untuk bangunkan bisnes ini,” katanya kepada MH.
Tambah Shuib lagi, hasil sokongan yang ditunjukkan oleh semua pihak, bisnes kafenya itu berjaya memperoleh keuntungan yang memberangsangkan selama tiga tahun ini.
“Ada yang persoal jualan bisnes saya tak tinggi tapi boleh kaya raya dan buka banyak francais. Nak kena saya dedahkan ke?
“Selama tiga tahun Bubblebee ditubuhkan dan berkat sokongan orang ramai, kita berjaya raih RM150 juta. Jualan tersebut hasil daripada semua orang yang sokong bisnes saya.
“Kenapa pula ada yang pertikai dan mengatakan bisnes saya dibangunkan dengan duit daripada Freemason. Dakwaan yang sangat bodoh,” ulasnya lagi.
Dalam pada itu, penyampai radio Suria FM ini turut mendedahkan kesan fitnah ini telah sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap kepercayaan staf-stafnya.
“Sampai ada pula yang komen dekat posting fitnah itu kata dia rasa bersalah pernah bekerja dengan Bubblebee. Dekat syarikat saya ada lebih 300 staf sekarang.
“Takkan la sebab penulisan anda yang cakap tentang perkara tak betul ini akan menjejaskan periuk nasi seluruh pekerja-pekerja ini. Inilah kesannya.
“Harap perkara ini tidak berlaku lagi dan semua orang ambil iktibar,” akhirinya.
Terdahulu, dalam satu sidang media tergempar yang diadakan pada Selasa, seorang individu telah membuat permohonan maaf kepada Shuib di atas perbuatannya menyebarkan fitnah di media sosial.
Shuib bagaimanapun memaafkan individu tersebut namun menegaskan akan mengambil tindakan yang lebih tegas sekiranya perkara seperti ini berlaku lagi pada masa akan datang. -Media Hiburan
Media Hiburan
Sat Jul 08 2023

Tambah Shuib, hasil sokongan yang ditunjukkan oleh semua pihak, bisnes kafenya itu berjaya memperoleh keuntungan yang memberangsangkan selama tiga tahun ini. -Media Hiburan
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Shuib bangga, Talita bakal beraksi di Konsert Ajai & Mega Friends
Anak perempuan pelawak Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra diberi peluang untuk mengadakan persembahan di Konsert By Ajai & Mega Friends di Singapura.

Shuib, pengarah Bubblebee didakwa gagal bayar cukai RM1.6 juta
Syarikat Bubblebee didakwa atas 18 pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam.

Bubblebee didenda RM17,500 gagal bayar caruman Perkeso
Syarikat Bubblebee Sdn Bhd didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun lalu.

Video ‘throwback’ momen Shuib bersama Siti Sarah di Mekah buat netizen rindu
Antara momen yang dikongsikan di video tersebut memperlihatkan pasangan itu sedang berjalan di dalam Masjidil Haram sambil berbual.

Shuib imbau kenangan ke bazar Ramadan kegemaran arwah Siti Sarah
Shuib berkongsi rutinnya dahulu adalah berkunjung di bazar bersama arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin.

Isu KWSP pekerja Bubblebee selesai - Shuib
Isu tunggakan caruman KWSP membabitkan Bubblebee Sdn Bhd dan pekerjanya dianggap selesai selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.

Menang saman fitnah, Shuib salur wang ke tabung Palestin
SELEBRITI dan usahawan terkenal, Shuib menang saman fitnah terhadap pengguna media sosial, John Dihani atau nama sebenarnya Md Johan Dihani Mohd Zaidi.

Tinggalkan radio bukan tanda terus senyap dalam industri seni - Shuib
Shuib mengakui kecintaannya terhadap dunia hiburan masih lagi menebal.

Shuib mohon maaf, jumpa KWSP lunas tunggakan caruman pekerja secara ansuran
Shuib mengakui berlaku masalah kelewatan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada kaki tangan syarikat syarikat minuman yang diasaskannya iaitu Bubble Bee.

Shuib nekad teruskan saman fitnah
Shuib tetap dengan pendirian untuk meneruskan saman fitnah yang mengaitkan diri serta arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai ahli Freemason.