KUALA LUMPUR: Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Shiha Zikir dinobatkan sebagai Artis Top Top Meletop Wanita.
Bukan itu sahaja Shiha juga berjaya merangkul semua anugerah yang dicalonkan iaitu Lagu Meletop Era, Artis Versatil Meletop , Duo/Kumpulan Meletop dan Bintang Filem Meletop.
Selain Shiha, Top Top Meletop Lelaki dimenangi oleh Khai Bahar manakala Top Top Meletop Duo/Kumpulan dimenangi oleh Dolla.
Membawa sedikit perbezaan tahun ini, kesemua pemenang anugerah Top Top Meletop dipilih oleh juri-juri profesional.
Pada masa sama, Datuk Aznil Nawawi juga telah dianugerahkan Anugerah Khas Meletop iaitu Anugerah Legend Meletop bagi menghargai jasanya dalam industri hiburan tanah air selama 32 tahun.
Anugerah pilihan peminat itu dimeriahkan dengan persembahan-persembahan menarik daripada Aina Abdul, Dolla, Dayang, Hael Husaini, Usop, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan kumpulan rock lagenda, Search.
AME 2021 telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dihoskaan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Al-Hadad.
Program pilihan peminat itu juga dipancarkan secara terus di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.
Asyraf Roslan
Sun May 29 2022

Shiha juga berjaya merangkul tiga lagi anugerah iaitu Lagu Meletop Era, Artis Versatil Meletop dan Bintang Filem Meletop. - Gambar/ IG @meletop

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.

Shiha Zikir menang besar, ungguli AME 2021
Shiha juga berjaya merangkul tiga lagi anugerah iaitu Lagu Meletop Era, Artis Versatil Meletop dan Bintang Filem Meletop.