MALANG tidak berbau… itulah boleh digambarkan mengenai nasib yang menimpa pelakon Shahronizam Noor apabila jari kelingkingnya terputus pada 10 April lalu.
Berkongsi mengenai insiden cemas itu, Shahronizam memberitahu jarinya terputus ketika dia sedang memotong ayam untuk diberikan kepada kucing-kucingnya.
"Ketika itu saya baru pulang dari lokasi penggambaran dan keseorangan di rumah. Saya nak beri kucing makan ayam yang saya beli. Tengah nak potongkan tu, saya terlepas ayam dan reflect dari itu, terkena jari saya.
“Saya terpotong habis jari sebab saya guna parang. Saya terus ambil tisu… ais untuk letak letak jari. Jadi selepas kejadian saya minta bantuan jiran untuk hantar ke hospital.
“Masa doktor buka balutan jari saya itu, darah terpancut-pancut… jari tak boleh nak sambung sebab terkena urat besar. Saya terpaksa tenangkan diri. Sempat balut tangan dan lihat sendiri jari sudah terputus.
“Kalau dalam keadaan cemas mungkin aliran darah akan lebih laju. Kalau saya panik mungkin boleh pengsan,” kata Shahronizam kepada Gempak.
Shahronizam ditemui di majlis Aidilfitri Civicas Network & Meerqeen yang bertempat di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, Shahronizam mendedahkan, dia tidak segera memaklumkan kejadian itu kepada isterinya iaitu Safura memandangkan penyanyi itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Singapura.
"Rasanya selepas setengah jam di hospital baru saya beritahu keluarga. Mula tidak maklumkan jari putus namun terpaksa jelaskan sebab anak nampak keadaan jari saya pendek.
"Isteri pula dalam perjalanan pulang dan tidak mahu buat dia bimbang. Ketika itu saya sudah berada di hospital dan akan menerima rawatan jadi pasti keadaan saya sudah selamat.
"Kalau boleh tak mahu buat orang lain rasa panik disebabkan kejadian itu kerana mereka dalam perjalanan dan mungkin perkara lain boleh berlaku jika terlalu risau," ujarnya. - Gempak
Gempak
Fri May 19 2023

Shahronizam memberitahu jari kelingkingnya terputus ketika dia sedang memotong ayam untuk diberikan kepada kucing-kucingnya. - Gempak

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Shahronizam kongsi insiden jari kelingking terputus
"Masa doktor buka balutan, darah terpancut..."