Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir diraikan oleh Lord’s Tailor sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-87.
Paling istimewa teman baiknya yang juga bintang Bollywood terkenal Datuk Shah Rukh Khan juga turut serta.
Bertempat di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur Tun M hadir ditemani isterinya Tun Siti Hasmah.
Dihadiri lebih 300 tetamu Shah Rukh Khan terus diburu lensa kamera sebaik saja ketibaannya.
Dia dikhabarkan terbang khas dari Jakarta untuk majlis tersebut.
Selain beramah mesra bersama Tun M, bintang itu turut menyanyikan lagu hari jadi untuknya.
Shah Rukh Khan juga sempat bergurau bersama Tun Siti Hasmah dengan menyanyikan lagu dari filem popularnya "Kuch Kuch Hota Hai".
Selesai majlis, Shah Rukh Khan terus mengambil penerbangan ke India untuk urusan lain.
Antara artis yang memeriahkan majlis seperti Datin Yusni Hamid serta Amanda Imani.
Selebriti tempatan yang hadir termasuk Umie Aida, Sofea Jane dan Que Haidar serta isteri.
Astro Awani
Sat Dec 15 2012


Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Shah Rukh Khan gegarkan Stadium Merdeka
Lebih 8 ribu peminat telah membanjiri Stadium Merdeka Sabtu bagi menyaksikan konsert 'Temptation Reloaded Live in Malaysia'.

Shah Rukh Khan tunai janji walau belum sembuh sepenuhnya
Datuk Shah Rukh Khan menunaikan janji meneruskan konsert Temptation Reloaded walaupun belum sembuh sepenuhnya.

Sanggup bayar RM2,000 untuk konsert Shah Rukh Khan?
Tiket konsert Temptation Reloaded Datuk Shah Rukh Khan pada 15 Februari ini dijual pada harga RM2,000 untuk tempat duduk jenis Diamond.

Shah Rukh Khan rai hari jadi Tun Mahathir (Video)
Bintang Bollywood terkenal Shah Rukh Khan terbang khas ke Malaysia untuk meraikan hari jadi ke-87 Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur.