Astro Publication
Tue Aug 11 2015
Mclaren akan membawa model pertama daripada siri ‘Sports Series’ mereka iaitu 570S Coupe yang direka unik ke pameran kereta eksklusif Amerika Syarikat, Pebble Beach Concours d’Elegance yang akan diadakan akhir bulan ini.
[Model ini pertama kali muncul di pameran kereta antarabangsa New York, akhir Mac lepas]
Secara spesifik, model ini direka oleh McLaren Special Operations (MSO) iaitu cabang syarikat ini yang bertanggungjawab untuk perkhidmatan ‘personalisation’ kepada pelanggan-pelanggan mereka yang lebih teliti.
Dan ada dua 570S Coupe direka khas yang akan dipamerkan di Pebble Beach – satu yang berwarna Mauvine Blue dengan penggunaan kulit hitam karbon serta kemasan yang seiring dengan warna badan kereta.
570S Coupe kedua pula berwarna Ventura Orange dan dilengkapkan dengan pelbagai perincian yang dapat diberikan pihak MSO.
Dari segi prestasi, 570S Coupe ini, seperti model McLaren yang lain, menggunakan enjin M838TE turbo berkembar V8 yang menghasilkan 562hp dan 600Nm untuk tork. Kuasa ini disampaikan ke roda belakang menerusi kotak gear SSG tujuh kelajuan.
Kereta ini dikatakan mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 3.2 saat; sehingga 200km/j dalam 9.5 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum 328km/j.
Dua lelaki ditangkap bantu siasatan pergaduhan bola sepak
Polis tahan dua lelaki disyaki terbabit pergaduhan antara kumpulan penyokong skuad Harimau Malaya dan Singapura di LRT Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, hari ini.
Nahas Ayer Keroh: Perkembangan dua mangsa di Hospital Melaka
Dua kanak-kanak yang merupakan anak sulung dan kedua kepada pasangan suami isteri yang maut dalam nahas ngeri di kilometer 204 lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, malam tadi masih menerima rawatan di Hospital Melaka.
Difahamkan anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), akibat beberapa kecederaan parah manakala adik perempuannya berusia empat tahun berada di wad biasa hospital sama.
Bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Kadir.
Difahamkan anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), akibat beberapa kecederaan parah manakala adik perempuannya berusia empat tahun berada di wad biasa hospital sama.
Bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Kadir.
Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti dielakkan - PM Anwar
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] 10 Nahas Ngeri Di Malaysia
Berikut adalah info berkenaan dengan sepuluh nahas ngeri di Malaysia.
Nahas Ayer Keroh: Ratusan menanti ketibaan jenazah
Bersama Khalish Kadir, Wartawan Astro AWANI di lokasi ketibaan jenazah lima sekeluarga.
Harga minyak naik didorong data pertumbuhan ekonomi AS
Harga minyak meningkat pada Selasa, disokong oleh data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh serta jangkaan bahawa aktiviti ekonomi global akan meningkatkan permintaan minyak.
Elak guna soket kelengkapan elektrik berlebihan
Orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan soket dengan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau beban yang tinggi.
Rampasan lebih 200kg dadah, terbesar di Terengganu
Polis Terengganu melumpuhkan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu dengan merampas lebih 200 kilogram syabu bernilai RM7.8 juta.
Kertas siasatan dibuka kematian kucing di Universiti Malaya
Polis membuka kertas siasatan berhubung kematian seekor kucing betina dikenali Lily, yang ditemukan dalam keadaan menyayat hati di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
Pejabat KDPB Sultan Pahang dinamakan sebagai Majlis Kesultanan Pahang
Dengan penukaran nama itu, satu lagi sejarah terlakar bagi institusi berkenaan yang berperanan memikul tanggungjawab dalam semua urusan membabitkan Sultan Pahang.
Sepasang 570S Coupe hasil MSO akan ke Pebble Beach
Model 570S Coupe daripada ‘Sports Series’ akan diberikan keunikan tambahan hasil ‘McLaren Special Operations’