BEKAS suami kepada pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan meluahkan rasa gembira apabila dapat meluangkan masa bersama dua cahaya matanya, Syed Irfhan dan Irma Nur Naylie.
Ucapan Terima Kasih
Menerusi hantaran di Instagram, Redza mengucapkan terima kasih kepada dua anak dan isteri iaitu Fiza atau dikenali sebagai Cacha Salim kerana menjadi sumber kekuatan diri.
"Alhamdulillah, dapat meluangkan masa bersama keluarga, mengeratkan hubungan, bina kualiti masa dan perhubungan.
"Semua yang berlaku ada hikmah. Terima kasih dan saya sangat hargai baby (panggilan isteri), abang Irfan (anak sulung) dan kak Naylie (anak bongsu) kerana menjadi sumber kekuatan untuk daddy. Semoga kita bersyukur sentiasa, insya-Allah,” katanya.
Kongsi Foto Keluarga
Pada perkongsian yang sama, Redza turut berkongsi beberapa keping foto memaparkan momen mereka sekeluarga ketika bercuti dan berkelah.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas mendoakan kebahagian buat Redza dan keluarganya.
Imbas kembali, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syed Irfhan, 11, dan Irma Nur Naylie, 10.
Bagaimanapun, pasangan itu disahkan sudah berpisah sekitar Oktober tahun lalu selepas berita perceraian dimaklumkan oleh rakan Irma yang dikenali sebagai Reen Emran menerusi hantaran IG Story.
Redza kemudian mengumumkan sudah menamatkan zaman duda pada April lalu bersama wanita bernama Fiza.
*Artikel disiarkan di Gempak
Gempak
Thu Jun 20 2024
Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syed Irfhan, 11, dan Irma Nur Naylie, 10.- Foto Gempak
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
“Semua yang berlaku ada hikmah” - Bekas suami Irma Hasmie
Bekas suami pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan meluahkan rasa gembira apabila dapat meluangkan masa bersama dua cahaya matanya.