Sekeping gambar yang dimuatnaik oleh bekas anggota band Of Mice and Men, Austin Carlile di Instagramnya dengan menunjukkan wristband dan kad memorial mirip pas belakang pentas sebagai bukti kehadirannya di upacara tersebut semalam.
"Upacara hari ini sangat indah. Terima kasih Linkin Park, terima kasih Chester untuk segalanya," tulisnya.
Lapor media antarabangsa, upacara pengebumian mendiang Chester turut diiringi sebuah persembahan muzikal tribut.
Upacara itu hanya dihadiri oleh 200 orang keluarga dan sahabat terdekat Chester termasuk balunya, Talinda.
Chester, 41, dilaporkan meninggal dunia dengan cara membunuh diri pada 20 Julai lalu di kediamannya di Palos Verdes, California.
BACA: Remuk hati netizen terima khabar pemergian vokalis Linkin Park, Chester Bennington
BACA: Sebelum anda menghukum, ini fakta tentang penyanyi Linkin Park, Chester Bennington
BACA: Lagu 'Heavy' beri gambaran tekanan dialami Chester Bennington
Kegemilangan Linkin Park bermula sekitar tahun 2000 menerusi album debut Hybrid Theory yang terjual lebih 10 juta unit.
Band itu pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk Grammy Awards.
Bagi yang terlepas untuk menyaksikan episod khas mengenai kerjaya band legenda Linkin Park, saksikan MTV: The Ride - Linkin Park di Astro Go dan On Demand mulai sekarang hingga 4 Ogos nanti.
Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Billboard, MTV