SELEPAS menjayakan konsert solo berskala besar pada tahun 2017, ratu jazz negara Datuk Sheila Majid dikatakan bakal beraksi kembali di pentas mega pada tahun hadapan.
Segalanya terbongkar selepas Sheila Majid dikhabarkan bakal mengadakan satu sidang media yang akan mengumumkan berita penting untuk semua peminatnya.
Jika benar, adakah konsert pelantun lagu Lagenda ini akan menjadi pembuka tirai tahun 2023?
Pasti peminat setianya tidak sabar menantinya untuk mengubat kerinduan serta berhibur dengan figura ini selepas konsert terakhirnya lima tahun lalu.
Namun pasti ramai sudah tidak sabar menantikan apakah lagu-lagu serta konsep yang akan dibawakan Sheila kali ini?
Malah mungkin sudah terbayangkan lagu-lagu ‘wajib’ yang boleh dinyanyikan bersama seperti Sinaran, Antara Anyer Dan Jakarta, Ku Mohon, Hitam Putih Kehidupan, Dia dan banyak lagi!
Apa-apa pun buat peminat Sheila yang tak sabar menantikan konsertnya itu, boleh menyaksikan persembahannya sebagai ‘pre-concert’ menerusi Konsert 25 Tahun Padi Reborn pada 3 Disember depan.
Kugiran popular dari Indonesia, Padi bakal berkongsi pentas dengan Ratu Jazz Negara itu yang dijemput sebagai penyanyi jemputan.
Apa-apa pun, nantikan pengumuman mengenai konsert Sheila Majid pada 7 Disember depan! -Gempak
Gempak
Sat Nov 26 2022
Peminat Sheila yang tak sabar menantikan konsertnya itu boleh menyaksikan persembahannya sebagai 'pre-concert' menerusi Konsert 25 Tahun Padi Reborn pada 3 Disember depan. - Foto Gempak
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
Pengasuh didakwa cuai hingga sebabkan kecederaan kanak-kanak setahun
Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuai sehingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki, bulan lepas.
Pilihan Raya AS 2024: Dunia berdebar menanti saat Amerika menuju ke pusat mengundi
Dengan hanya beberapa jam sebelum rakyat Amerika Syarikat (AS) keluar mengundi, tumpuan dunia termasuk di Malaysia.
Empat rakan termasuk 2 remaja dipenjara 3 tahun culik kanak-kanak perempuan
Empat rakan termasuk dua remaja perempuan dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan secara bersama menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.
Maaf, saya tidak boleh guna Bahasa Inggeris ketika ini - Ruben Amorim
Ruben Amorim terlibat dengan satu perbualan canggung bersama wartawan sewaktu sidang media menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.
Kemuka senarai asnaf tidak layak, pengerusi masjid direman 6 hari
Seorang pengerusi masjid ditahan reman SPRM kerana dipercayai memberikan maklumat asnaf berstatus miskin kepada sebuah badan kebajikan.
Memahami Perbelanjaan Kehidupan Wajar di Malaysia: Perspektif Pakar
Dalam video ini, kami akan membincangkan topik penting mengenai perbelanjaan kehidupan wajar di Malaysia bersama Mohammad Abdul Hamid, Ketua Kluster Kemakmuran Ekonomi di IKRAM dan Pensyarah Ekonomi Tingkah Laku di UM. Kami akan menyentuh isu-isu seperti kesedaran awam dan ketelusan dalam metodologi DOSM, kesaksamaan sosioekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar, serta bagaimana data ini boleh memandu dasar dan intervensi kerajaan. Sertai kami untuk memahami lebih lanjut tentang bagaimana penanda aras seperti PAKW ditentukan dan peranannya dalam memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia.
CIIE 2024: PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Pavilion berkenaan mengetengahkan 16 pempamer Malaysia yang disokong oleh rakan strategik Matrade.
MoU peruntukan pembangkang: Kalau orang dah tolak 'pinangan', tak akan kita nak 'rujuk' - Fadillah
Fadillah berkata pintu rundingan berhubung MoU berkaitan peruntukan bagi ahli Parlimen pembangkang sudah ditutup.
Kalkulator DOSM untuk kos sara hidup
Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) ini dibangunkan secara sistematik oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk memberi satu nilaian kos kehidupan wajar. MyPAKW boleh digunakan sebagai panduan oleh isi rumah/individu untuk mengetahui nilai perbelanjaan asas kehidupan wajar yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak serta mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan.
Persahabatan tiga dekad Sheila Majid, Harvey Malaiholo
Sheila Majid dan rakan seperjuangannya, Harvey Malaiholo dari Indonesia sudah saling mengenali antara satu sama lain sejak 30 tahun lalu
Nostalgia 'Ikhlas' 1992 di pentas KL JAMM
Menggamit nostalgia zaman penyatuan legenda seni suara tanah air di atas satu pentas, MUI dengan kerjasama syarikat Produksi KRU mengumumkan barisan artis yang bakal memeriahkan KL JAMM.
Tiket konsert Sheila Majid 80 peratus habis dijual
Tiket konsert ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid telah terjual sebanyak 80 peratus walaupun tarikh konsert masih berbaki tiga bulan.
#AliSetan30Tahun: Lagi saya nak lupakan, lagi orang ingatkan, kata Sheila Majid
Segalanya istimewa dan lucu apabila mengimbas semula pengalaman penglibatan Datuk Sheila Majid dalam filem Ali Setan pada 30 tahun dahulu.