LAS VEGAS, AMERIKA SYARIKAT: Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas, Amerika Syarikat (AS), telah menahan Duane Keith Davis berkaitan dengan pembunuhan rapper ternama Hollywood, Tupac Shakur.
Penahanan suspek yang berusia 60 tahun itu dibuat pada pagi Jumaat, kata jurucakap polis
Kevin McMahill.
“Walaupun penyiasatan mengenai kematian Shakur bermula 27 tahun yang lalu, "ia masih jauh daripada penyelesaian," kata McMahill.
Pegawai polis itu berkata, jabatannya ‘dengan teliti menyiasat kes ini sehingga melangkah kepada tindakan penahanan" selain berusaha memastikan ‘penghakiman yang berjaya’," katanya.
Dalam perkembangan sama, Duane Davis dilaporkan, merupakan satu-satunya suspek yang masih hidup yang berkaitan dengan siasatan pembunuhan Tupac Shakur, kata pegawai polis Jason Johansson, dalam sidang media.
"Semua tiga suspek yang lain telah meninggal dunia," jelas beliau lagi.
"Duane Davis merupakan perancang di sebalik jenayah kejam ini. Dia yang merancang pelakuan jenayah ini," tambah Johansson.
Sekalipun, Duane Davis bukan orang yang menembak Shakur, namun, di bawah undang-undang Nevada, dia masih boleh didakwa atas tuduhan pembunuhan, kata Peguam Daerah Las Vegas, Steve Wolfson.
Ini disebabkan oleh undang-undang membantu dan menyokong negeri itu, katanya.
"Jika anda membantu seseorang melakukan jenayah, anda boleh dianggap sama bersalah," kata Wolfson.
Menurut beliau, itu merupakan "salah satu teori dalam kes ini juga."
Johansson berkata, polis juga optimis Duane Davis mendapatkan bekalan senjata yang digunakan daripada seorang 'kenalan rapat' tetapi enggan mengulas lanjut, sebaliknya, menjelaskan, semua itu akan didedahkan semasa perbicaraan.
Duane Davis dijangka muncul di mahkamah dalam beberapa hari akan datang apabila tarikh perbicaraan juri akan ditetapkan, kata polis.
Pada malam 7 September 1996, Shakur dan pasukannya menghadiri pertandingan tinju di MGM Grand di Las Vegas dan ketika meninggalkan acara tersebut, satu pergaduhan telah berlaku.
"Ketika itu, tidak ada sesiapa yang tahu bahawa inilah insiden yang akan membawa kepada penembakan balas dendam dan kematian Tupac Shakur," kata Johansson, sambil menunjukkan rakaman keselamatan pergaduhan itu.
Mendiang Shakur dan individu lain kemudian meninggalkan tempat acara untuk menghadiri parti selepas pertandingan di kelab malam tempatan, menurut Johansson.
Pada ketika ini, Duane Davis 'mula merancang sebuah rancangan,' kata Johansson.
Suspek mendapatkan senjata dan kemudiannya memasuki kereta Cadillac putih bersama tiga orang lain, menurut siasatan.
Duane Davis didakwa telah memberikan senjata itu kepada penumpang yang duduk di bahagian belakang kereta itu.
Apabila kumpulan jenayah didakwa diketuai Duane Davis itu menemui Shakur, mereka menembak ke arah kereta yang dipandu olehnya, dakwa Johansson.
Cadillac putih itu meninggalkan tempat kejadian untuk membawa Shakur ke sebuah hospital tempatan, di mana beliau meninggal dunia enam hari kemudian.
Shakur berusia 25 tahun ketika dia dibunuh. - Agensi
Agensi
Fri Sep 29 2023
![Selepas 27 tahun Tupac Shakur dibunuh, suspek utama ditahan polis Selepas 27 tahun Tupac Shakur dibunuh, suspek utama ditahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81696027899_TBInvestigation.jpg)
Duane Keith Davis (kiri) yang dikaitkan sebagai suspek utama pembunuhan rapper ternama Hollywood, Tupac Shakur ditahan polis Las Vegas, Amerika Syarikat pada Jumaat.
![Taman Rekreasi Wetland Ketereh dijangka siap dalam tempoh dua tahun - Exco Taman Rekreasi Wetland Ketereh dijangka siap dalam tempoh dua tahun - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719380493_TBHilmiAbdullah.jpg)
Taman Rekreasi Wetland Ketereh dijangka siap dalam tempoh dua tahun - Exco
Taman Rekreasi Wetland Ketereh dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi melibatkan kos lebih RM12 juta.
![Pemain keracunan makanan, sekat Malaysia sambar emas futsal AUG 2024 Pemain keracunan makanan, sekat Malaysia sambar emas futsal AUG 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719787263_keracunanmakananp.jpg)
Pemain keracunan makanan, sekat Malaysia sambar emas futsal AUG 2024
Perlawanan tersebut menyaksikan Malaysia terpaksa akur meraih pingat perak selepas dikecewakan tuan rumah 4-1 pada aksi final.
![Jaminan kemasukan matrikulasi wajar, pengiktirafan kepada pelajar cemerlang - Pakar Jaminan kemasukan matrikulasi wajar, pengiktirafan kepada pelajar cemerlang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719786481_Pelajar.jpg)
Jaminan kemasukan matrikulasi wajar, pengiktirafan kepada pelajar cemerlang - Pakar
Ia adalah langkah perlu dalam usaha memperkasakan sektor pendidikan negara, sekali gus mengiktiraf pencapaian cemerlang anak-anak Malaysia.
![Pegawai Korea Utara pakai pin potret Kim Jong Un buat pertama kali Pegawai Korea Utara pakai pin potret Kim Jong Un buat pertama kali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719784371_pinpotrait.jpg)
Pegawai Korea Utara pakai pin potret Kim Jong Un buat pertama kali
Pin itu disematkan pada sut semua pegawai Korea Utara yang menghadiri mesyuarat pleno Jawatankuasa Pusat ke-8 Parti Pekerja Korea pada Jumaat.
![Hasut, fitnah, hina pemimpin negara tidak boleh diterima Hasut, fitnah, hina pemimpin negara tidak boleh diterima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716281553_ManivananGowin.jpg)
Hasut, fitnah, hina pemimpin negara tidak boleh diterima
Manivanan berkata tindakan sedemikian tidak boleh diterima kerana ia turut mencemarkan suasana harmoni dan demokrasi yang diperjuangkan selama ini.
![PRK Sungai Bakap: Tiada sebab tolak calon PH - Fadhlina PRK Sungai Bakap: Tiada sebab tolak calon PH - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719533607_FadhlinaSidek.jpg)
PRK Sungai Bakap: Tiada sebab tolak calon PH - Fadhlina
Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek berkata Joohari yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dan pentadbiran akan membawa kemakmuran kepada kawasan Sungai Bakap.
![EURO 2024: Bellingham, Kane watak penting kebangkitan England ke suku akhir EURO 2024: Bellingham, Kane watak penting kebangkitan England ke suku akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719783357_JudeBellingham.jpg)
EURO 2024: Bellingham, Kane watak penting kebangkitan England ke suku akhir
Separuh masa pertama menyaksikan England mendominasi aksi tetapi sukar menembusi benteng pertahanan Slovakia yang lebih berdisiplin.
![EURO 2024: Sepanyol mara ke suku akhir dengan bergaya EURO 2024: Sepanyol mara ke suku akhir dengan bergaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719782888_Spain.jpg)
EURO 2024: Sepanyol mara ke suku akhir dengan bergaya
Sepanyol akan berdepan cabaran daripada pasukan tuan rumah iaitu Jerman dalam pusingan suku akhir EURO 2024 nanti.
![AUG 2024: Malaysia raih dua emas dari kem renang, bola baling AUG 2024: Malaysia raih dua emas dari kem renang, bola baling](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719782380_AseanUniversityGam.jpg)
AUG 2024: Malaysia raih dua emas dari kem renang, bola baling
Pingat emas itu hadir menerusi Low Zheng Yong yang menampilkan renangan bertenaga dalam acara 1,500 meter gaya bebas lelaki.
![Pasar Singapura promosi gaya hidup sihat, kelestarian dan keterangkuman Pasar Singapura promosi gaya hidup sihat, kelestarian dan keterangkuman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719741458_SINGAPURA.jpg)
Pasar Singapura promosi gaya hidup sihat, kelestarian dan keterangkuman
Pasar Central Singapura yang dianjurkan oleh CDC bertujuan memenuhi slogan 'A Market with a Difference'.
![Selepas 27 tahun Tupac Shakur dibunuh, suspek utama ditahan polis Selepas 27 tahun Tupac Shakur dibunuh, suspek utama ditahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81696027899_TBInvestigation.jpg)
Selepas 27 tahun Tupac Shakur dibunuh, suspek utama ditahan polis
Duane Keith Davis satu-satunya yang masih hidup, sementara tiga suspek lain sudah meninggal dunia.
![Tiada jelmaan Prince di Super Bowl, anggap tindakan 'hidupkan' artis yang dah mati perbuatan syaitan Tiada jelmaan Prince di Super Bowl, anggap tindakan 'hidupkan' artis yang dah mati perbuatan syaitan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/71517792479_princesinger.jpg)
Tiada jelmaan Prince di Super Bowl, anggap tindakan 'hidupkan' artis yang dah mati perbuatan syaitan
Timberlake berhasrat berduet bersama Prince yangdihidupkan kembali menerusi hologram pada acara selingan separuh masa Super Bowl
![Madonna cuba halang acara lelong surat cinta bekas kekasih, Tupac Shakur Madonna cuba halang acara lelong surat cinta bekas kekasih, Tupac Shakur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/51500429509_TupacShakurMadonna.jpg)
Madonna cuba halang acara lelong surat cinta bekas kekasih, Tupac Shakur
Madonna cuba menghentikan satu acara lelongan yang bakal melelong surat dari bekas kekasihnya iaitu Tupac Shakur.