Gembira untuk berada di sini! jawab penyanyi utama kumpulan rock legenda Jon Bon Jovi dari kumpulan 'Bon Jovi', apabila ditanya, "Adakah anda rindu Malaysia?"
Selepas 20 tahun, legenda kumpulan rock Amerika 'Bon Jovi' kembali ke Malaysia untuk membuat persembahan di Stadium Merdeka, Sabtu ini.
Bon Jovi kagum dengan perkembangan pesat di Malaysia, terutamanya bandaraya Kuala Lumpur, dengan bangunan pencakar langit tumbuh bagaikan cendawan, berbanding semasa lawatan terakhir mereka pada tahun 1995.
"Saya gembira untuk kembali di sini, kerana ia sama sekali berbeza dengan lawatan kali terakhir kami. Saya rasa ia (Kuala Lumpur) telah berubah secara dramatik. Kuala Lumpur telah mencapai banyak kemajuan.
"Kami telah menjelajah ke seluruh dunia sejak 1995 dan teruja untuk bersama semula dengan peminat kami di Malaysia," katanya dalam sidang akhbar semalam mengenai konsert mereka.
Turut hadir pada sidang media itu ialah pemain piano kumpulan itu dan pemain keyboard David Bryan dan pemain dram Tico Torres.
Bon Jovi menjulang sejarah kejayaan selama lebih 30 tahun di mana kumpulan itu menjadi ikon muzik rock Amerika.
Walaupun kebanyakan anggota kumpulan sudah berusia lebih daripada 50 tahun sekarang, Bon Jovi berkata semangat kumpulan itu masih membara seperti zaman dahulu untuk memastikan peminat mereka di Malaysia terhibur.
Bon Jovi berkata peminat akan disajikan dengan persembahan bagi satu malam yang tidak dapat dilupakan dengan gedung lagu Bon Jovi yang mendapat sambutan hebat di dunia termasuk Livin 'On A Prayer, You Give Love A Bad Name, It's My Life, Have A Nice Day, dan juga lagu yang memenangi anugerah Grammy, 'Who Says You Can't Go Home di konsert mereka hujung minggu ini.
Sementara itu, pengurus besar Malaysia Major Events (MME) Tony Nagamaiah menjangkakan 3,000 peminat antarabangsa dari seluruh rantau ini akan berada di konsert itu, yang menyumbang hampir RM27 juta dalam impak ekonomi kepada negara.
"Ia adalah menarik bagi kami untuk menyokong kepulangan Bon Jovi ke Malaysia, sejak kumpulan rock terkenal di dunia membuat persembahan kali terakhir di sini pada tahun 1995.
"Penganjuran Bon Jovi akan mempamerkan profil Malaysia sebagai tuan rumah yang hebat kepada artis popular dari seluruh dunia, "katanya kepada Bernama.
MME adalah satu bahagian daripada Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Bernama
Fri Sep 18 2015

Bon Jovi kagum dengan perkembangan pesat di Malaysia, terutamanya bandaraya Kuala Lumpur, dengan bangunan pencakar langit tumbuh bagaikan cendawan. - Gambar Fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Vokalis Bon Jovi pujuk wanita usah teruskan niat terjun jambatan
Vokalis Bon Jovi itu menghampiri wanita tersebut yang dilihat berdiri di tebing jambatan merentasi Sungai Cumberland.

COVID-19: Bon Jovi batal konsert jelajah, kembalikan wang demi peminat
Konsert jelajah Bon Jovi dijangka bermula pada Jun ini.