DUA bintang utama filem Fast and Furious 8, Vin Diesel dan Dwayne 'The Rock' Johnson merupakan pelakon yang mendapat bayaran paling mahal sepanjang 2017.
Hasil daripada kutipan pecah panggung filem itu juga meletakkan Vin meraih pendapatan tertinggi tahun ini.
Sumber pendapatan Vin juga dipengaruhi oleh dua buah filem lakonannya iaitu xXx: Return of Xander Cage dan Guardians of the Galaxy Vol.2.
Manakala, filem Baywatch lakonan Dwayne pula gagal mendapat kutipan pecah panggung selain filem Jumanji: Welcome to the Jungle yang baru ditayangkan bulan ini.
Selain Vin dan Dwayne, bintang utama Wonder Woman, Gal Gadot juga tersenarai antara 10 pelakon yang termahal tahun 2017.
Gal pernah muncul bersama Dwayne dalam filem francais Fast and Furious 4, 5 dan 6.
Berikut kami senaraikan 10 pelakon Hollywood yang mendapat bayaran tertinggi sepanjang tahun 2017.
1. Vin Diesel (AS$1.6 bilion)
2. Dwayne 'The Rock' Johnson (AS$1.5 bilion)
3. Gal Gadot (AS$1.4 bilion)
4. Emma Watson (AS$1.3 bilion)
5. Johnny Depp (AS$1.1 bilion)
6. Daisy Ridley (AS$1.08 bilion)
7. Tom Holland (AS$888 juta)
8. Chris Pratt (AS$864 juta)
9. Chris Hemsworth (AS$845 juta)
10. John Boyega (AS$815 juta)
Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Geek Feed
Gempak
Thu Dec 28 2017

(dari kiri) Dwayne 'The Rock' Johnson, Vin Diesel, Gal Gadot dan Emma Watson merupakan pelakon yang mendapat bayaran paling mahal sepanjang 2017.

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

Warga emas ditemukan maut, dipercayai dibunuh
Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.
Ekonomi Singapura: Kadar pasaran wang merosot di sebalik peralihan dasar
Purata Kadar Semalaman Singapura (SORA), standard de facto untuk produk pinjaman negara itu, jatuh kepada 2.08% minggu ini, terendah sejak 2022.
Pasaran global: Rakuten Trade kekalkan sasaran FBM KLCI pada 1,730
Ia susulan penjajaran semula pasaran global memandangkan pelabur menyesuai dengan penyederhanaan berterusan di Wall Street.
Pantau Agenda Reformasi: Mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya
Bersama Mohd Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM membincangkan tentang, mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya.

Putin sokong gencatan senjata 30 hari
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis berkata beliau menyokong gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik Ukraine yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS).
Pengerusi Matrade: Khidmat Reezal Merican disambung 2 tahun lagi
MATRADE berkata pelanjutan tempoh perkhidmatan itu berdasarkan kejayaan cemerlang yang telah dicapai di bawah kepimpinan Reezal Merican sejak kali pertama dilantik sebagai pengerusi pada April 2023.
Prospek sektor utiliti kekal cerah
Ini kerana permintaan elektrik oleh pusat data diperlukan untuk menyokong peningkatan berterusan dalam infrastruktur penghantaran dan pengedarannya.

Dwayne 'The Rock' Johnson dilantik ahli Lembaga Pengarah TKO
Dwayne 'The Rock' Johnson dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah TKO Group Holdings, iaitu syarikat yang dibentuk oleh Endeavour yang menggabungkan WWE dan UFC.

Kes Baldwin: Dwayne Johnson bertegas tidak mahu senjata api sebenar di set penggambaran
Johnson berkata syarikat produksinya, Seven Bucks Productions, tidak lagi akan menggunakan senjata api sebenar.

The Rock imbas momen diberi peluang kedua yang mengubah hidupnya
Johnson berkongsi klip dari rancangan televisyen 'Young Rock', yang memberi penghormatan kepada mendiang jurulatihnya.

The Rock, dulu dibuli kini selebriti
Bret Hart (penggusti dalam WWF) pernah menceritakan dua peggusti legenda, Triple H dan Shawn Michaels pernah membuli Johnson ketika dia baru sahaja menjadi penggusti.

The Rock, keluarga pulih daripada COVID-19
"Ini adalah salah satu perkara yang paling mencabar dan sukar yang harus kami harungi sebagai sebuah keluarga." - The Rock

Rocky Johnson, ayah 'The Rock' meninggal dunia
Ayah kepada bintang filem Dwayne -The Rock- Johnson itu menghembuskan nafas terakhirnya awal hari ini pada usia 75 tahun.

Dah tiga kali The Rock 'meninggal dunia'...
Sebelum ini The Rock turut menjadi mangsa berita palsu apabila didakwa meninggal dunia pada 2011 dan 2014.

UFC 244: Jorge Masvidal tumpaskan Nate Diaz untuk raih gelaran BMF
Jorge Masvidal berjaya meraih gelaran BMF selepas mengalahkan rakan senegaranya, Nate Diaz dalam aksi UFC 244 di Madison Square Garden, New York, pada Ahad.

Akhirnya...The Rock tamatkan status duda!
Pelakon dan bekas ahli gusti profesional, Dwayne Johnson menamatkan status dudanya apabila mengahwini teman wanitanya, Lauren Hashian pada Ahad lalu.

Fast & Furious kembali dengan filem baharu
Francais filem itu akan kembali dengan satu filem aksi komedi iaitu Fast & Furious: Hobbs & Shaw.