SEDUTAN atau teaser trailer pertama filem drama biografi Steve Jobs baru sahaja dikeluarkan.
Ia menunjukkan wajah Michael Fassbender memainkan watak bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Apple yang meninggal dunia pada 2011.
Filem terbaru ini menjanjikan penceritaan mengenai kehidupan Jobs yang lebih baik berbanding filem biografi pertama Jobs lakonan Ashton Kutcher yang dikeluarkan pada 2013.
Trailer tersebut turut menyaksikan pemenang Oscar, Kate Winslet dan juga Seth Rogen yang memainkan watak pengasas bersama Apple, Steve Wozniak.
Filem bertajuk Steve Jobs diarahkan Danny Boyle yang turut mengarah filem Slumdog Millionaire yang memenangi lapan anugerah Oscar termasuk pengarah terbaik dan filem terbaik.
Jobs merupakan seorang usahawan dan pencipta yang mencetuskan revolusi komputer peribadi yang amat berpengaruh.
Beliau meninggal dunia pada 5 Oktober 2011 akibat komplikasi pernafasan yang ada kaitan dengan tumor neuroendokrin pankreas yang dialami sejak 2003.
Walaupun menjalani pemindahan hati pada 2009, tahap kesihatannya terus merosot sebelum terpaksa berehat panjang dan melepaskan jawatan CEO pada Ogos 2011.
Filem Steve Jobs akan ditayangkan pada Oktober tahun ini.
Ian Johan Ariff
Mon May 18 2015
![Sedutan filem biografi Steve Jobs dikeluarkan Sedutan filem biografi Steve Jobs dikeluarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-05/81431953885_295x200.jpg)
Michael Fassbander memainkan watak Steve Jobs dalam filem biografi mengenai pencetus revolusi komputer peribadi itu. Gambar - sedutan filem Steve Jobs.
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
Wanita racun lima orang kemudian bunuh diri
Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu.
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
![Sedutan filem biografi Steve Jobs dikeluarkan Sedutan filem biografi Steve Jobs dikeluarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-05/81431953885_295x200.jpg)
Sedutan filem biografi Steve Jobs dikeluarkan
Filem biografi Steve Jobs terbaharu menjanjikan penceritaan mengenai kehidupan Jobs yang lebih baik berbanding filem biografi pada 2013.