Rahayu menerusi kemas kini di akaun Instagramnya telah memuat naik beberapa koleksi foto terbaru Zul ketika melawat adiknya semalam.
Foto tersebut merakamkan Zul yang terlantar di katil hospital sedang menerima rawatan.
“Highly sedated this morning!” dan “Visiting our lil bro!” merupakan kapsyen yang ditulis.
Dalam pada itu, Zul juga turut memuat naik foto terbaru menerusi Insta Story miliknya.
“Kalau tak degil bukan Zul ler,” tulisnya ringkas.
BACA: 'Terpaksa keluar pawagam dan terus...' - Zul Ariffin mohon maaf, digegaskan ke hospital
Dalam pada itu, peminatnya mengucapkan terima kasih kepada Rahayu kerana memaklumkan keadaan terkini pelakon kesayangan mereka.
Selain itu, mereka juga mendoakan agar Zul kembali pulih selepas mendapat rehat secukupnya.
Terdahulu, Zul dikejarkan ke hospital di pertengahan majlis malam gala filem Misteri Dilaila yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 8 Mac lalu.
BACA: Misteri Dilaila kaut RM8.8 juta selepas 11 hari tayangan
Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser.
Malam pertama di sana, Jefri diganggu dengan kejadian aneh. Keesokannya, Jefri mendapati Isterinya hilang.
Imam Aziz (Namron) muncul dengan berita gembira. Dia memberitahu, isterinya sudah ditemui dalam keadaan selamat. Jefri bagaimanapun terkejut wanita yang muncul bersama Imam Aziz bukan isterinya.
Wanita itu mengakui dirinya Dilaila. Persoalan mula bermain di fikiran, siapa betul dan salah dalam situasi berkenaan. Mampukah Jefri merungkai misteri kehilangan isterinya.