Datuk Siti Nurhaliza percaya Anugerah Industri Muzik (AIM) masih relevan dalam usaha memelihara bakat dan warisan penggiat industri seni suara tanah air.
Memasuki tahun ke-21 penganjuran, penyanyi yang memegang portfolio cemerlang itu yakin bahawa AIM menawarkan platform saksama buat semua artis yang tercalon.
Mengulas mengenai persaingan yang dihadapi beliau, khususnya dalam kategori Vokal Terbaik Wanita Dalam Lagu, Siti Nurhaliza menyifatkannya sebagai satu petanda sihat.
“Saya melihat calon-calon yang turut sama itu memberi saingan yang sihat. Mereka ini sememangnya artis-artis yang hebat dan berkualiti, sama ada dalam rakaman mahupun ketika menyanyi live. Saya suka persaingan yang macam ini,” ujar beliau yang menyerahkan kepada juri untuk membuat pilihan mereka.
Bercakap tentang penyertaan dalam AIM saban tahun, Siti memberitahu, beliau tidak boleh membuat keputusan untuk menarik diri dalam acara berkenaan memandangkan AIM dianjurkan untuk mengiktiraf hasil kerja keras penggiat industri negara.
“AIM adalah nadi kepada industri muzik Malaysia yang membariskan juri profesional yang mengiktiraf kerja keras penggiat seni suara, bukan populariti.
“Acara ini adalah anugerah untuk menghargai hasil kerja pasukan produksi, daripada penggubah lagu, pemuzik hinggalah kepada pembikin kulit album,” kata Siti yang mengakui AIM masih relevan dan diperlukan keseluruhan karyawan yang terlibat dalam bidang tersebut.
Penyanyi nombor satu negara tersebut mendominasi pencalonan akhir di AIM-21 dengan lapan pencalonan termasuk Album Terbaik untuk album Fragmen.
Beliau turut dicalonkan dalam kategori Kulit Album Terbaik (Fragmen), Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) (Lebih Indah), Rakaman Album Terbaik (Fragmen), Lagu Pop Etnik Terbaik (Popaleh Weh), Lagu Pop Terbaik (Jaga Dia Untukku), dan Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu (Lebih Indah).
Siti turut mengulas tentang kelangsungan kerjaya artis baharu, lebih-lebih lagi pada beberapa nama yang pernah memenangi anugerah Artis Baru Terbaik yang ‘menghilang’ selepas acara tersebut.
“Kalau boleh, selepas pihak industri mengiktiraf mereka, perlu disusuli usaha untuk memberi ruang dan peluang untuk mereka berkarya dan meneruskan legasi.
“Kita tidak mahu memandang AIM sekadar majlis anugerah. Jalan dan bimbingan perlu dibuka buat artis baharu itu selepas berakhirnya sesebuah acara penganugerahan,” kata Siti.
Siti Nurhaliza ditemui ketika hadir ke studio Astro Awani bagi menjayakan rakaman Agenda Awani. Program tersebut bakal disiarkan pada hari Sabtu (15 November) jam 8.30 malam.
Hamzah Hamid
Thu Nov 13 2014

Datuk Siti Nurhaliza muncul bersama Ketua Pegawai Eksekutif RIM, Ramani Ramalingam (kiri) dalam rakaman Agenda Awani bersama hos Shafizan Johari. -Foto fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

KUSKOP sasar salur Dana PENN sepenuhnya hujung tahun ini - Ramanan
KUSKOP mensasarkan untuk menyalurkan keseluruhan Dana Khas PENN berjumlah RM50 juta yang disediakan kepada Sahabat Usahawan India AIM pada hujung tahun ini.

AIM umum dana khas RM50 juta bantu usahawan wanita India
Dana RM50 juta menggunakan dana dalaman AIM akan memberi manfaat kepada lebih 7,100 sahabat usahawan India yang baharu.

KUSKOP mudahkan urusan pinjaman usahawan, bantu hadapi kenaikan harga barang
KUSKOP melalui pebagai agensinya, mengambil pendekatan memudah cara urusan pinjaman perniagaan kepada usahawan mikro yang terkesan dengan kenaikan kos dan harga barang.

Jaringan keselamatan sosial diperluas kepada Sahabat Usahawan AIM
AIM dan Perkeso memeterai MoU bagi memperluas jaringan keselamatan sosial kepada penerima biaya atau Sahabat Usahawan AIM menerusi caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

KKAIMB sumbang RM50,000 bantu asnaf di Pulau Pinang
Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) memperuntukkan sebanyak RM50,000 sebagai sumbangan zakat kepada 250 asnaf di seluruh Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

1,677 usahawan AIM, Tekun terima Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia
Ia khusus untuk mangsa banjir besar Disember tahun lalu dan banjir pada Feb 2022 yang melanda Pahang, Kelantan dan Terengganu.

2,356 Sahabat Usahawan AIM di dua negeri terima bantuan banjir
Seramai 2,356 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar (AIM) bagi Wilayah Selangor dan Kuala Lumpur menerima geran khas Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) berjumlah RM 7,068,000.

AIM turunkan caj pengurusan 2 peratus untuk empat skim pembiayaan
Penurunan caj daripada 10 peratus kepada 8 peratus itu akan berkuat kuasa selama dua tahun mulai 2022 hingga 2023.

Shabudin Yahaya dilantik Pengerusi AIM baharu
Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu pernah dilantik sebagai hakim mahkamah syariah sebelum menjawat jawatan Pengerusi Felcra Berhad.

Lajim Ukin kini ditidurkan akibat jangkitan COVID-19 - Sumber
Menurut sumber, Lajim ditidurkan sekitar jam 2 petang tadi selepas 12 hari dimasukkan ke Hospital KPJ Sabah.