AKTRES jelita, Che Puan Juliana Evans yang kini sedang berbadan dua menjelaskan dia tidak mendedahkan tentang kandungan pertamanya kerana dinasihati untuk tidak memberitahu perkara itu kepada orang ramai pada awal kehamilan.

Menurut Juliana, banyak perkara yang boleh berlaku pada awal kehamilan, jadi dia memilih untuk berdiam sebelum kandungannya terkini telah mencecah enam bulan.

"Saya merahsiakan kehamilan saya sebelum ini kerana dinasihati untuk tidak memberitahu orang ramai terutamanya pada tiga bulan pertama.

"Seperti yang kita tahu, banyak perkara yang boleh terjadi pada awal kehamilan, jadi sebab itulah saya mendedahkannya sekarang dimana kandungan saya telahpun mencecah enam bulan.

"Saya pun sudah yakin dan bersedia untuk berkongsi berita baik ini kepada semua peminat," kata Juliana kepada Gempak.

Pelakon filem Bella & Jamie ini ditemui di acara berprestij Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Sabtu lalu.

Baru-baru ini, Juliana mendedahkan dia bakal bergelar ibu menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya.

Hello ‘bump’


Juliana dan suaminya, Tengku Shariffuddin mendirikan rumah tangga pada 30 April 2017.