"Bila saya memulakan kerjaya 26 tahun lalu, matlamat saya adalah untuk menyatukan rakyat Malaysia menerusi komedi dan hari ini, saya dapat menyatukan dunia dengan humor gaya Malaysia," kata Harith Iskander, yang baru saja terpilih sebagai orang paling lucu di dunia.
Harith, 50, yang muncul sebagai juara pertandingan Laugh Factory's 'Funniest Person in the World' (LFFPITW) di Helsinki, Finland, pada Sabtu, memberitahu Bernama ketika dihubungi, beliau cukup teruja dan seronok meraih kejuaraan itu.
Raja komedi ini berkata beliau gembira dapat mengibarkan bendera Malaysia di pentas antarabangsa, dan menambah, kini tiba masanya untuk beliau meletakkan komedi Malaysia di peta dunia.
BACA: TFPW: Harith Iskander juara lawak dunia, bawa pulang hadiah AS$100,000
"Saya amat bersyukur mempunyai peminat di serata Malaysia dan Asia Tenggara dan juga tempat-tempat lain seperti United Kingdom, Denmark dan Australia yang menyokong saya. Segalanya tidak mungkin tanpa peminat saya.
"Akhbar juga memberikan saya sokongan penuh, jadi ini amat bernilai... handfon saya tidak berhenti berdering menerima ucapan tahniah," kata beliau.
Dengan gelak ketawa, Harith mengatasi empat pesaing lain -- Alex Calleja (Filipina) naib-johan, diikuti Katerina Vrana (Greece), Mino Van Nassau (India) dan David Kilimnick (Israel).
Harith membawa pulang US$100,000 (lebih RM400,000) dan lawatan dengan berkomedi di Amerika Syarikat, sementara Calleja meraih US$10,000 dan Vrana US$5,000.
Pelawak popular tanah air ini, yang juga seorang aktor dan hos televisyen, menyatakan setinggi terima kasihnya kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kerana membantu beliau untuk perjalanan ke negara Nordik itu.
"Mereka (kementerian) membiayai penerbangan dan penginapan saya, satu sokongan besar.
"Dengan bangga saya pakai kemeja Pelancongan Malaysia di pentas sebagai menunjukkan terima kasih saya" katanya berseloroh.
Pertandingan LFFPITW mengandungi tiga pusingan - pada Pusingan Pertama 89 pelawak dari 56 negara di seluruh dunia bertarung untuk merebut 20 tempat teratas di Pusingan Kedua (Separuh Akhir) sebelum lima pemenang bertuah bertarung di Pusingan Ketiga (Peringkat Akhir).
Seorang lagi pelawak dari Malaysia, Dr Jason Leong, turut bertanding, namun tersingkir pada Pusingan Pertama.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 10 2016
HARITH ISKANDER: Gembira dapat mengibarkan bendera Malaysia di pentas antarabangsa, dan menambah, kini tiba masanya meletakkan komedi Malaysia di peta dunia. - Gambar fail
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Harith Iskander, Dr Jezamine sah bercerai talak satu
Beberapa terma sudah dipersetujui oleh Harith Iskander dan Dr Jezamine termasuk berkaitan nafkah tiga anak mereka, manakala proses hak penjagaan anak (hadanah) pula akan diuruskan pada minggu depan.
Krisis rumah tangga: Harith Iskander, Jezamine akan keluarkan kenyataan bersama dalam masa terdekat
Harith Iskander dan Dr Jezamine Lim akan mengeluarkan kenyataan bersama dalam masa terdekat berhubung permohonan cerai mereka.
Isteri Harith Iskander fail permohonan cerai selepas 14 tahun bersama
Dr Jezamine bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai punca tindakannya itu.
Komediri Jocelyn Chia tidak sensitif, turut dikritik pelawak tempatan - Fahmi
Beliau berkata perbuatan individu terbabit turut menerima kritikan dan teguran daripada pelawak tempatan yang lain seperti Adflin Shauki dan Harith Iskander.
'Tak lawak langsung!' - Tindakan wanita 'buka baju' di pentas komedi dikecam
Tindakan wanita terbabit menanggalkan tudung dan pakaian hingga separuh bogel ketika membuat persembahan "tidak melucukan."
Banjir: Harith Iskander kongsi detik selamatkan bayi
Menurut Harith, bayi bersama ibunya itu sudah terperangkap selama dua malam di tingkat atas sebuah rumah kedai.
Aktiviti perfileman boleh diteruskan selepas Hari Raya dengan SOP ketat - Saifuddin
Kelulusan diberikan semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pagi semalam.
Harith sedih tak dapat baki wang kejuaraan "Funniest Person In the World"
Harith Iskander meluahkan rasa sedih apabila pihak penganjur The Laugh Factory masih tidak dapat melunaskan baki wang kemenangannya berjumlah 70,000 usd (RM 280,000).
'Pelawak sangat mewah, tapi etika dan mutu kerja...' - Afdlin Shauki
Pelakon Datuk Afdlin Shauki mengakui kagum dengan pencapaiaan yang dikecapi oleh rakan baiknya, Douglas Lim dalam industri 'stand-up comedy' di Malaysia.
Jenaka Harith Iskander mengenai PRU14 cuit hati peminat
Bukan bertujuan memilih mana-mana parti politik yang bertanding, Harith sebaliknya menampilkan jenaka PRU14 dengan dua watak iaitu Apple dan Joe Black dalam satu program berkonsep 'sketch comedy'.