PELAKON Shima Anuar akur dengan takdir yang tidak berpihak padanya selepas terpaksa menggugurkan kandungan akibat hamil luar rahim baru-baru ini.
Menceritakan semula pengalaman yang hampir meragut nyawanya, Shima yang masih berdepan kesakitan selepas dibedah dan dirawat di Unit Rawatan Rapi memberitahu dia kehilangan 2.5 liter darah.
"Doktor cakap, saya hampir kehilangan nyawa.
"Saya mengalami kekurangan darah sehingga 2.5 liter. Tekanan darah saya 60/30 dan wajah saya kelihatan sangat putih dan pucat.
"Tetapi saya sangat berterima kasih pada Dr Susanna yang merawat. Ia adalah satu pengalaman yang mengerikan, memang sakit sangat-sangat.
"Sampai tak boleh bergerak, tak boleh bercakap. Selepas proses pembedahan selesai, saya dah tak respons, doktor beritahu.
"Disebabkan itulah, kena masuk unit rawatan rapi (ICU) dan buat pemindahan darah," ujarnya.
Perit menanggung sakit, tambah Shima lagi dia menganggap segala yang berlaku punyai hikmah dan menerima ujian itu dengan berlapang dada.
"Tetapi, syukur Alhamdulillah, sekarang semuanya selamat. Cuma sakit itu masih ada.
"Kena potong di tempat jahitan luka pembedahan Czer dulu. Tapi sakit sekarang lagi sakit daripada Czer itu.
"Namun tak apalah. Anggap saja ini ujian dan dugaan. Saya reda.
"Sekarang ini tak sabar nak balik rumah jumpa Sophia dengan Adik.
"Sekarang kita teruskan panggil Imaan adik sajalah sebab baby adik dah tak ada," katanya.
Untuk rekod, Shima telah berkahwin dengan usahawan Mohd Solih Toha pada April 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata Marian Sophia, 3 dan Mikhael Imaan, 2.
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Thu Mar 10 2022
SHIMA: Saya mengalami kekurangan darah sehingga 2.5 liter. Tekanan darah saya 60/30 dan wajah saya kelihatan sangat putih dan pucat. -Gempak
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Penyusuan badan digalakkan bagi manfaat ibu dan bayi - Pakar
Golongan ibu disarankan memberi susu badan kepada bayi memandangkan kaedah itu dapat memberi manfaat kepada kedua-duanya.
Muhammad Luth Syauqi mengalir air mata malam tadi - Ibu
Mangsa kedua kejadian keropok beracun Muhammad Luth Syauqi Nur Sufyan yang menghembuskan nafas terakhirnya hari ini, mengalirkan air mata malam tadi.
Ibu nafi anak bongsu meninggal dunia
Ibu kepada kanak-kanak lelaki yang kritikal selepas termakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus pada Ahad lepas menafikan anak bongsunya meninggal dunia.
Tabung Kasih@HAWANA: Dua sahabat media Pahang dibantu
Dua bekas pengamal media di Pahang menerima sumbangan daripada Tabung Kasih@HAWANA bagi membantu mereka yang berdepan masalah kesihatan dan kesukaran hidup.
Hospital medan UAE di Gaza mula beroperasi
Hospital itu dilengkapi 150 katil, bilik pembedahan untuk melakukan pelbagai jenis pembedahan seperti pembedahan am, pediatrik serta vaskular dan dikendalikan oleh pasukan perubatan UAE.
Nahas di Segamat: Remaja 15 tahun dalam keadaan stabil - Polis
Keadaan remaja lelaki 15 tahun yang terlibat dalam nahas lima kenderaan yang meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Jumaat lepas, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Fahmi doakan kesembuhan Salahuddin
Saya mendoakan afiyah buat Datuk Seri Salahuddin Ayub yang baru selesai pembedahan, tulis Fahmi.
13 kanak-kanak cedera gelongsor angin diterbangkan angin kencang di Mongolia
Seramai 13 kanak-kanak dilaporkan cedera selepas gelongsor angin diterbangkan angin kencang dalam satu kejadian di barat Mongolia, lapor Xinhua memetik Agensi Polis Negara pada Isnin.
Pekerja kesihatan di UK sekali lagi adakan mogok
Pekerja kesihatan di United Kingdom (UK) kembali mengadakan mogok pada Isnin dan Selasa, selepas kesatuan sekerja menolak tawaran gaji yang dikemukakan pihak kerajaan pada bulan lalu.
PM Anwar ziarah Rohana Jalil di hospital
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi penyanyi era 80-an Rohana Jalil yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).