Idam Trofi Oscar
Bagaimanapun Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 23, berkata dia menyimpan impian untuk menggenggam trofi Oscar (Anugerah Akademi) yang disifatkan sebagai anugerah paling sah.
“Sejujurnya saya tidak pernah mengharapkan apa-apa penganugerahan pun sebab pencapaian saya bukan pada trofi, pencapaian saya apabila nama saya ada dalam hati peminat.
“Kalau dapat alhamdulillah, jika sebaliknya saya teruskan hidup macam biasa sebab menang trofi bukan ada benda istimewa pun yang jadi dalam diri saya.
“Saya hanya idamkan trofi Oscar, itu impian saya. Saya fikir anugerah itu sahaja yang paling ‘legit’. Mungkin kedengaran kelakar tetapi saya percaya kalau saya kerja keras, tiada yang mustahil untuk genggam trofi tersebut,” katanya ketika ditemui Gempak.
Percaya Pada Rezeki
Jelas Meerqeen lagi, dia percaya pada rezeki dan tawaran kerja yang datang juga adalah sebelum menjulang mana-mana anugerah lagi.
“Saya ada beritahu peminat untuk tidak mengundi saya kalau saya tercalon dekat mana-mana anugerah.
“Bagi saya, tidak mengapa saya tidak dapat semua itu asalkan mereka dapat layanan sepenuhnya daripada saya sebagai artis yang mereka minat.
“Mahu kata untuk lebih banyak tawaran mahupun ‘endorsement’, saya sudah lama dapat semua itu sebelum menang anugerah lagi.
“Semua orang boleh dapat itu jadi menang trofi bukanlah ada beza pun. Mungkin itu satu pencapaian tetapi bagi saya tidak menang pun tidak mengapa asalkan saya ada tempat dalam industri seni tanah air,” tegasnya.
Untuk info, Meerqeen merupakan pemenang tempat ketiga pertandingan Hero Remaja bagi edisi 2019/2020.
Selain itu Meerqeen juga merupakan pemenang Anugerah Gempak Most Wanted 2022 bagi kategori Video Trending Tergempak.
Anugerah lain yang dimenangi Meerqeen adalah Aktor TV Popular dan Couple TV Popular menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH35). -- Gempak