KELETAH bersahaja ibu kepada penyanyi Nubhan Ahmad iaitu Badariah Omar, 78, atau lebih dikenali sebagai Mak Jenny menarik perhatian ramai.
Apatah lagi, rakaman video yang dimuat naik Nubhan memaparkan aksi lucu dan spontan ibunya itu mencuit hati peminat.
Malah, karakter Mak Jenny yang dicipta oleh Nubhan itu berjaya mengumpul peminat tersendiri sekali gus mempopularkan dirinya.
Selain pelbagai kejutan dan hadiah istimewa yang diberikan kepada ibunya, terbaharu Nubhan, 37, atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad merakamkan sebuah lagu yang dicipta dan didedikasikan khas buat Mak Jenny berjudul Kekasihku Untukku.
Lagu bergenre pop balada hasil ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh serta lirik oleh Ikhwan Fatanna itu diterbitkan oleh syarikat rakaman Seventeen Eleven Music dan dlancarkan secara rasmi pada 18 Ogos 2023.
Nubhan berkata, selepas kali terakhir muncul dengan single duet bersama Siti Nordiana berjudul Sekali Lagi pada 2021, lagu Kekasihku Untukku ini disifatkan sebagai buah tangan yang cukup istimewa.
“Lagu ini saya rakamkan selepas Hari Raya Aidilfitri lalu. Diakui memang sudah lama tidak ada single solo dan kali terakhir pun pada dua tahun lepas, duet bersama Nana. Apabila ramai yang minta saya muncul dengan lagu baharu, jadi saya mahukan sesuatu yang baharu.
“Disebabkan itu, saya fikir apa salahnya buat lagu untuk Mak Jenny. Lagipun ramai yang dah kenal mak saya. Banyak video dia juga yang mencuit hati penonton. Niat saya menghasilkan lagu ini adalah nak jadikan ia sebagai lagu kasih sayang sejati terhadap ibu,” katanya.
Tidak salah berbakti kepada orang tua
Menurut Nubhan, lagu Kekasihku Untukku itu juga menjadi bukti yang mana tidak salah jika kita berbakti dan berbuat baik pada orang tua.
“Saya mahu lagu ini menjadi bukti dan nak tunjuk kepada anak-anak saya nanti. Ia juga bukti kalau kita buat baik terhadap orang tua, balasan baik pasti dapat. Lagu yang saya nyanyikan ini memang khas untuk Mak Jenny.
“Justeru, saya nak orang ramai sama-sama menghayati lagu ini yang menceritakan kasih sayang kepada ibu. Memandangkan saya sudah tidak ada ayah, jadi saya curahkan segalanya kepada mak,” katanya.
Rasa rindu ibu
Berkongsi lanjut, Nubhan berkata, idea penghasilan lagu Kekasihku Untukku itu didorong oleh orang ramai yang banyak memberikan maklum balas positif terhadap kandungan video yang dimuat naik membabitkan Mak Jenny.
“Lagu ini terhasil pun sebab banyak respons daripada kandungan video membabitkan mak saya. Saya mendapat banyak respons positif yang mana ada antaranya meluahkan rasa rindu terhadap ibu mereka, tak sempat nak membahagiakan mak mereka dan pelbagai kisah lagi mengenai mak.
"Paling penting, tujuan lagu ini supaya kita semua jadikan orang tua sebagai keutamaan dalam hidup kita.
“Dalam masa, lagu ini juga untuk peminat yang sudah lama tidak mendengar nyanyian daripada saya. Ini untuk mereka, supaya sama-sama dapat manfaat. Menyanyi ini hobi dan minat saya. Saya dah lebih 10 tahun dalam bidang ini. Sekejap nyanyi, hilang dan sibuk dengan perniagaan,” katanya.
Nubhan gembira orang masih ingat
Menurut Nubhan, bukan sesuatu yang janggal buat dirinya apabila akhirnya muncul dengan lagu solo.
“Apabila sibuk dengan perkata lain, bukanlah janggal nak ada lagu. Sebab saya pun bermula sebagai penyanyi. Sejujurnya, saya gembira kerana sekurang-kurangnya tak adalah terus hilang. Gembira bila orang masih ingat dan nak dengar saya nyanyi.
“Macam baru-baru ini saya ada membuat persembahan dengan Mawi, ramai nak sangat saya membuat kemunculan semula. Saya pula jenis yang jarang nak ‘cover’ lagu. Tapi sebab bila dah minat, ia akan dibuat dari hati. Bukan sebab nak glamor.
“Insya-Allah, kalau selepas ini ada lagu baharu, kelainan nak nyanyi, apa salahnya. Bagi saya masa itu bukan masalah, saya okay. Saya buat atas minat dan hati,” katanya. - Gempak
Gempak
Sun Aug 27 2023
Keakraban Nubhan Ahmad dengan ibunya, Badariah Omar atau lebih dikenali sebagai Mak Jenny menarik perhatian ramai.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
"Saya dah tiada ayah" - Nubhan dedikasikan lagu untuk Mak Jenny
Keakraban Nubhan Ahmad dengan ibunya, Badariah Omar atau lebih dikenali sebagai Mak Jenny menarik perhatian ramai.