Kejutan berlaku pada Isnin, di Pentas Akhir Kilauan Emas musim keempat selepas pengacara Raja Azura mengumumkan Zain, Ben dan Arip bakal merebut gelaran juara di Konsert Mega Akhir dan ianya bakal berlangsung pada minggu hadapan.
Sebelum itu, Nas dan Nordin masing-masing diumumkan sebagai peserta yang diundi berada di tempat kelima dan keempat dengan membawa pulang wang tunai RM 15,000 dan RM 10,000 beserta, pakej percutian tajaan PNB Ilham Resort, langganan majalah MIDI selama tiga bulan dan sebuah trofi sumbangan Astro.
Dengan tema bebas dan kesemua finalis telah diberikan lagu baru untuk dipersembahkan di hadapan tiga juri tetap Datuk Ramli M.S, Datuk Hattan dan Ziana Zain serta seorang juri jemputan iaitu Erra Fazira.
Keputusan mengejut sebentar tadi di konsert Kilauan Emas 4 serba sedikit memberi harapan kepada Zain, Ben dan Arip untuk memperbaiki mutu vokal nyanyian mereka dan berentap merebut gelaran juara Kilauan Emas musim keempat pada minggu hadapan.
Mampukah mereka memikat hati para juri serta menarik undian penonton di rumah pada minggu hadapan?
Teruskan mengundi kerana jika otai kegemaran anda tidak memenangi hadiah utama, dia mungkin berpeluang untuk bergelar naib juara dan memenangi wang tunai berjumlah RM50,000 dan sebuah kereta Nissan X Gear bernilai RM85,000.
Konsert pentas akhir Kilauan Emas 4 bakal berlangsung di kaca televisyen anda pada minggu hadapan bermula 9.30 malam saluran Astro Prima (105) dan Astro Mustika HD (134).
Terus hantarkan undian anda kerana nasib para peserta akan diadili berdasarkan sistem pemarkahan 70% oleh juri tetap dan 30% lagi akan ditentukan berdasarkan undian penonton menerui system pesanan ringkas (SMS).
Seperti biasa, peserta yang mendapat markah terendah setiap minggu akan disingkirkan. Ikuti cara undian seperti di bawah:
Anda hanya perlu taip KEPESERTA atau KE<3/5/10>jarak untuk 3,5,10 undian ke 32777.
Contoh: KE10 PESERTA dan hantar ke 32777. Untuk 20 undian: Taip KE20PESERTA dan hantar ke 32777.
Gempak
Thu Jun 05 2014
Zain, Ben dan Arip bakal merebut gelaran juara di Konsert Mega Akhir
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Astro sajikan rancangan terbaik pada raya ketiga
Rancangan hiburan seperti Pureen Chak Chak Syawal, Suara Anak jantan dan Jihan Buat Rumah Terbuka bakal menghiasi raya ketiga anda tahun ini.
Apa rancangan menarik Astro di raya kedua?
Rancangan hiburan seperti Suka Lettew Raya, Novel Fana arahan Mawi, Berdendang Raya Y'all bakal memeriahkan raya kedua anda.
Satu lagi Pentas Akhir Kilauan Emas 4 minggu hadapan
Kejutan di Pentas Akhir Kilauan Emas musim keempat selepas pengacara Raja Azura mengumumkan Konsert Mega Akhir diadakan minggu hadapan.