Dalam satu status yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya, @saharulridzwan, dia sejujurnya mengakui masih banyak tidak betul daripada bacaan al-Quran.
"Masih banyak yang tak betul dari segi bacaan saya, sebab tu lah kena belajar sampai bila2. Lagi2 bab Islam, lagi belajar, lagi lah kita rasa kita ni sebenarnya sangatlah daif. Tapi wajib berguru," katanya.
Aktor popular ini turut mengajak peminat untuk bersamanya menyahut cabaran #inmyquranchallenge.
"Jom semua, kalau ada yang dah buat #inmyquranchallenge , boleh buat lagi, surah Al-Fatihah pun tak apa. kalau tekan hashtag tu, makin hari makinn banyak. Alhamdulillah," katanya.
Status pelakon itu mendapat sokongan positif dan ucapan tahniah daripada peminat dan netizen di media sosial.
"Tahniah... Bab mengaji ni kena berguru. Mengaji sampai mati. Sebagai pelakon buatlah yg terbaik Dan boleh dicontohi...," kata @sitimeriam5916.