Safura menjadi peserta pertama tersingkir pada konsert minggu kedua program Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang berlangsung di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam ini.

Pada konsert berkenaan Safura menyanyikan lagu nyanyian asal Maya berjudul Diari Biru mendapat markah terendah daripada juri profesional.

Gegar Vaganza musim keempat menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap manakala Datuk AC Mizal sekali lagi tampil sebagai juri jemputan.


Kesemua peserta diadili 100 peratus menerusi pemarkahan daripada barisan juri.

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

GV5 disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).