Pada saat ramai yang meraikan dan memberi doa buat pasangan pengantin baru pengarah dan pelakon berkaliber, Sabri Yunus dengan pelakon Angeline Tan, ada isu ditimbulkan tentang pernikahan mereka.
Isu pernikahan mereka ditimbulkan oleh seorang ulama, Sheikh Nuruddin Marbu Al Banjari dalam satu ceramah baru-baru yang mendakwa pasangan yang dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin itu tidak memenuhi ucapan ijab dan qabul yang sepatutnya.
Pernikahan pasangan yang digelar ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ merujuk kepada sitkom lakonan mereka pada tahun 90-an dulu bagaimanapun dilaporkan sah meski Sabri hanya menyebut ‘aku terima nikah’, bukan seperti kebiasaan yang didengar ‘aku terima nikahnya’.
Tidak mahu isu tersebut terus menimbulkan salah faham dan perdebatan dalam kalangan masyarakat, Sabri, 62, tampil ‘bersuara’.
Menerusi sebuah catatan yang agak panjang, bintang Pok Ya Cong Codei itu antaranya menyifatkan tuduhan beliau dan isteri yang memeluk Islam dengan nama Ardini berzina kerana pernikahan tidak sah adalah sangat berat.
“Saya secara peribadi sedar apa akan berlaku pada sesetengah pihak bila kami buat keputusan untuk bernikah di Perlis dan memohon untuk diakadkan oleh Yg Berbahgia Datuk Mufti sendiri.
“Saya ada sebab tersendiri memilih Perlis. Akan tetapi saya tidak menyangka isu lain, isu yang saya tak terbayang pun oleh akal fikir saya.
“Seorang ustaz dgn jelas dan terang mengata( menuduh) pernikahan kami tidak sah. Dan terus membuat kesimpulan kami akan berzina. Berat tuduhan itu.. juga dalam video yg sama dikatanya qabul yang mengelirukan.. siapa yang keliru?”, tulis Sabri seperti dilihat Gempak dari perkongsian di Facebook.
Sabri kemudian menjelaskan majlis pernikahan mereka dihadiri hampir 25 tetamu yang menurutnya tidak ada sesiapa terkeliru dengan lafaz atau qabul yang diucapkan.
“Dalam majlis tu hanya perlu dua saksi walau hampir 25 orang yg hadir. Saksi dua orang tak keliru dan 25 hadirin juga tak keliru.. Orang diluar atau jauh dan tidak bersama dalam majlis tidak ada isu dalam penyaksian majlis itu.. dia dengar atau tidak, faham atau tidak bukan isu pengesahan.
“Soal pandangan mazhab dah jelas ada khilaf dan setujunya.. saya tak fikir ada orang tak faham bila qabul jawab saya setuju.. tak mungkin ada orang akan fikir setuju pada hal lain selain dari setuju hal nikah.. tak mungkin ada yg fikir dia setuju pasal kereta, pasal rumah.. jelas wali sebut , aku nikah.. bila qabul sebut setuju.. tentu saja menyambut pada kata nikah itu.. yang kata dia keliru itu ada lah orang yang sangat lemah pemikirannya atau yang sengaja melemahkan fikirannya,” tulis Sabri lagi panjang lebar.
Karyawan seni disegani itu juga meminta agar jangan mengheret beliau dan isteri dalam isu atau perseteruan yang tiada kene mengena dengan mereka.
“Janganlah kami dijadikan mangsa kebencian tuan kepada seteru tuan,” katanya lagi.
Terdahulu pernikahan Sabri dan Angeline Tan pada 14 Oktober lalu menjadi buah mulut dan viral kerana persahabatan mereka sebagai anak seni yang berakhir di jenjang pelamin setelah kedua-duanya bergelar duda dan ibu tunggal buat satu tempoh masa yang panjang. - Gempak
Gempak
Mon Oct 16 2023
![Sabri Yunus jawab isu pernikahan dengan Angeline Tan tidak sah: Berat tuduhan berzina Sabri Yunus jawab isu pernikahan dengan Angeline Tan tidak sah: Berat tuduhan berzina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697469797_SabriYunusAngelin.jpg)
Karyawan seni disegani itu juga meminta agar jangan mengheret beliau dan isteri dalam isu atau perseteruan yang tiada kene mengena dengan mereka. - Gambar Gempak
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Remy Ishak, Ashraf Muslim antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka Remy Ishak, Ashraf Muslim antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724585137_tbRemyIshakAshraf.jpg)
Remy Ishak, Ashraf Muslim antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka
Pelakon Remy Ishak dan Ashraf Muslim antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam hari ini.
![Sabri Yunus jawab isu pernikahan dengan Angeline Tan tidak sah: Berat tuduhan berzina Sabri Yunus jawab isu pernikahan dengan Angeline Tan tidak sah: Berat tuduhan berzina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697469797_SabriYunusAngelin.jpg)
Sabri Yunus jawab isu pernikahan dengan Angeline Tan tidak sah: "Berat tuduhan berzina"
Pada saat ramai yang meraikan dan memberi doa buat pasangan pengantin baru pengarah dan pelakon berkaliber, Sabri Yunus dengan pelakon Angeline Tan, ada isu ditimbulkan tentang pernikahan mereka.
![Ini 5 kenangan, pesanan azimat Allahyarham Mamat Khalid sebelum pemergiannya Ini 5 kenangan, pesanan azimat Allahyarham Mamat Khalid sebelum pemergiannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646282188_AllahyarhamMamatKh.jpg)
Ini 5 kenangan, pesanan azimat Allahyarham Mamat Khalid sebelum pemergiannya
Memori dan pesanannya mungkin bakal jadi pemangkin semangat untuk kebanyakan anak seni terus maju dalam industri perfileman.
![#RISEandUNITE: 31 anak seni bergabung dalam satu suara demi Malaysia #RISEandUNITE: 31 anak seni bergabung dalam satu suara demi Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81630316343_RiseAndUnite.jpg)
#RISEandUNITE: 31 anak seni bergabung dalam satu suara demi Malaysia
Projek kecil itu menyatukan anak-anak seni dari pelbagai bidang tanpa mengenal warna kulit kerana seni tiada sempadan.
![PKP 3.0: Anak seni terjejas teruk, 70 peratus hilang punca pendapatan PKP 3.0: Anak seni terjejas teruk, 70 peratus hilang punca pendapatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71624441155_TBBUSKERKLSENTRAL.jpg)
PKP 3.0: Anak seni terjejas teruk, 70 peratus hilang punca pendapatan
Ada yang hilang semua pendapatan malah ada juga yang terpaksa melakukan dua atau tiga kerja demi meneruskan kelangsungan hidup.
![KLWBC 2020: Pak Malim yang tak terlupakan KLWBC 2020: Pak Malim yang tak terlupakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71592539205_GhazaliAbdulRashid.jpg)
KLWBC 2020: Pak Malim yang tak terlupakan
Walaupun sudah terkenal dalam dunia sastera, Pak Malim gigih berusaha memulakan langkah menuju ke penerbitan TV.
!['Saya tidak mahu memikirkan hal ini kerana takut depresi ...' - Aiman Tino 'Saya tidak mahu memikirkan hal ini kerana takut depresi ...' - Aiman Tino](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61562832034_aiman-tino-(1).jpg)
'Saya tidak mahu memikirkan hal ini kerana takut depresi ...' - Aiman Tino
Penyanyi Aiman Tino mengakui sedar apabila popularitinya sebagai penyanyi dalam aliran budak baru nak up (BBNU) semakin menurun berbanding rakan artis yang lain.
!['Bila-bila masa saja, bila Tuhan tiup hidayah' - Uqasha ditanya tentang pakai tudung 'Bila-bila masa saja, bila Tuhan tiup hidayah' - Uqasha ditanya tentang pakai tudung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81550793670_uqasha-tudung-header.jpg)
'Bila-bila masa saja, bila Tuhan tiup hidayah' - Uqasha ditanya tentang pakai tudung
Pernah melewati fasa penghijrahan (bertudung) sepanjang bergelar anak seni dan pernah jua mencetuskan kontroversi gara-gara membuka tudung semula, Uqasha akui itu khilafnya.
![Siti Nurhaliza mahu dana untuk anak seni diwujudkan Siti Nurhaliza mahu dana untuk anak seni diwujudkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41537950377_TBDATOCITIx.jpg)
Siti Nurhaliza mahu dana untuk anak seni diwujudkan
Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berharap Bajet 2019 yang akan dibentangkan pada 2 Nov depan mewujudkan satu dana untuk meningkatkan prestasi industri muzik tanah air.
![Diburu Ah Long, 300 penggiat seni tempatan minta bantuan - Presiden Seniman Diburu Ah Long, 300 penggiat seni tempatan minta bantuan - Presiden Seniman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/71515481350_AhLong.jpg)
Diburu Ah Long, 300 penggiat seni tempatan minta bantuan - Presiden Seniman
Kira-kira 300 penggiat seni di negara ini sedang dikejar Ah Long.