DI SAAT lebat hujan pada sebelah petang Sabtu lalu, suasana tersebut seperti sedang menyambut dua kumpulan yang muzik mereka bukan tentang menghiburkan semata-mata, tetapi selalu memberi kesenangan yang berbeza.
Untaian lirik manis nan puitis berbalut kemas dalam susunan muzik sakti yang membuat penggemar mereka ‘kelemasan’ sendiri — saat Parade Hujan dan Sore muncul di panggung Konsert Senandung Malam - Payung Teduh X Sore (Setengah Lima Menuju Senja).
Manis. Membuai emosi lalu membuahkan senyum sendiri dan tentulah konsert yang dibawakan oleh Neptunes Presents itu sebuah lagi siri yang tidak akan dilupakan.
Meski penganjur sempat mengaku tiket hanya terjual 50 peratus ironi yang disaksikan dalam Megastars Arena pada malam tersebut lebih daripada kegusaran ‘tiada sambutan’.
Sekitar 3,500 penggemar memenuhi Megastars Arena yang disimbahi permainan cahaya lampu seiring visual-visual hangat dan tidak berlebihan yang mewakili muzik kedua-dua kugiran Indonesia ini.
Bagi penggemar Sore, ibarat ‘dosa besar’ untuk tidak menyambut kehadiran kugiran indie yang berdiri sejak 2002 itu di Malaysia.
Buat penggemar dengan usia rata-rata 35 dan ke atas, Sore bukan asing. Ambang, Setengah Lima, No Fruits For Today, Somos Libres, Lihat atau Pergi Tanpa Pesan dan Musim Ujan adalah halwa telinga yang sering mengisi dahaga muzik.
Dan lewat Konsert Senandung Malam - Payung Teduh X Sore (Setengah Lima Menuju Senja), saat Sore mengalunkan untaian tersebut secara langsung, ia adalah sebuah kepuasan yang terbayar.
Selain muzik, Sore menumpahkan seluruh pengalaman bermain di panggung demi panggung dengan bicara dan usikan sederhana yang melambangkan kematangan kugiran ini dalam belantika muzik.
Tentulah kehadiran Noh Salleh buat pertama kali selepas menikah berduet sama dengan Sore menjadi antara yang dinanti penggemar yang antaranya mengalunkan Angin Kencang.
Kolaborasi Sore bersama Atilia Harun juga manis menerusi Silly Little Thing serta Essensimo.
Setelah Sore mengundurkan diri lewat pengalaman manis yang diberikan, Parade Hujan mengambil alih panggung bersama aura mereka.
Pernah berdiri sebagai Payung Teduh kemudian vokalisnya Is Pusakata sebelum Parade Hujan mewakili perjuangan muzik mereka saat ini, mereka pantas menyihir penggemar dengan permainan secara langsung yang sangat mengesankan.
Parade Hujan membawa penggemar pulang ke masa silam lewat lagu lama mereka, membuat semua tersenyum sendiri dan bergoyang sedikit malah terdengar jeritan bahagia saat lagu-lagu seperti Datang, Selalu Muda, Muram, Rahasia,Tidurlah, Puan Bermain Hujan dan Di Atas Meja dihidangkan.
Suasana konsert ditemani Agal Muzik Ensemble, pemuzik orkestra tempatan bertambah hangat dengan penampilan Ernie Zakri berduet bersama Parade Hujan dengan lagu Berdua Saja dan Mari Bercerita.
Itu belum lagu saat Parade Hujan membawa dua lagu milik Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang disifatkan Is sebagai ‘penyelamat selera muziknya’, Nak Dara Rindu dan Engkau Laksana Bulan yang mengasikkan.
Dan tidak lengkap persembahan Parade Hujan tanpa lagu-lagu yang sudah membuat mereka dipuja —— Cerita Gunung & Laut, Untuk Perempuan, Akad dan Menuju Senja sebelum disudahi dengan Resah yang membuat konsert ini ditutup dengan semanis-manisnya.
Terdahulu Konsert Senandung Malam - Payung Teduh X Sore (Setengah Lima Menuju Senja) dibuka dengan Mafidz yang juga memberikan persembahan mantap pada sebelah petang.
Apapun tahniah untuk Naptunes Presents kerana keberanian dan keyakinan bahawa selera muzik yang berbeza (mungkin bagi segelintir pendengar alunan mereka boleh membuat lena) perlu diraikan bersama. -Gempak
Gempak
Tue Oct 03 2023
Untaian lirik manis nan puitis berbalut kemas dalam susunan muzik sakti yang membuat penggemar mereka kelemasan sendiri saat Parade Hujan dan Sore muncul di panggung Konsert Senandung Malam - Payung Teduh X Sore (Setengah Lima Menuju Senja). -Gempak
Tiga renjer cedera dalam insiden tembakan, letupan bom di Narathiwat
Pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tembakan melibatkan kira-kira 10 suspek kumpulan bersenjata dengan anggota renjer.
Jepun tingkat keselamatan siber selepas kecurian AS$306 juta dari DMM Bitcoin
Jepun akan meningkatkan langkah keselamatan siber selepas penggodam mencuri 48 bilion yen (AS$306 juta) daripada bursa mata wang kripto Jepun DMM Bitcoin, kata Ketua Setiausaha Kabinet Yoshimasa Hayas
Ringgit ditutup tinggi mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak
Ringgit mengekalkan trajektori menaiknya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama lain, mendapat rangsangan terutamanya daripada kenaikan harga minyak.
Agenda AWANI: Pengasingan Kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya
Memahami rasional utama di sebalik cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya di Malaysia? Bagaimana ia akan meningkatkan kebebasan dan integriti sistem perundangan? Diskusi 9 malam
Nahas ngeri Ayer Keroh: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan
Dua lagi anak yang berusia 7 dan 4 tahun, kini dirawat di zon merah dan zon kuning Hospital Melaka.
Kerajaan MADANI terus sokong usaha pastikan keselamatan kanak-kanak - Fahmi
Kerajaan MADANI akan terus menyokong sepenuhnya usaha bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak terpelihara.
Suspek bakar wanita hidup-hidup berdepan tuduhan membunuh
Zapeta- Calil telah didakwa atas tuduhan membunuh darjah pertama dan kedua serta pembakaran darjah pertama, menurut Jabatan Polis New York City.
Pelepasan abu di gunung berapi Kanlaon meningkat
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer (km) dikesan di Gunung Berapi Kanlaon dengan letusan abu bermula pada 11:45 pagi diikuti gempa gunung berapi berfrekuensi rendah.
[Data & Statistik] Dividen ASB
Tertinggi dalam lima tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Polis Singapura bimbang peningkatan kes pemandu mabuk
Polis Singapura bimbang berikutan peningkatan kes memandu dalam keadaan mabuk, dengan 180 kes direkodkan pada tahun 2023 iaitu angka tahunan tertinggi sejak 2014.
Saat Parade Hujan X Sore membius penonton dengan muzik nan sakti
Tentulah kehadiran Noh Salleh buat pertama kali selepas menikah berduet sama dengan Sore menjadi antara yang dinanti penggemar yang antaranya mengalunkan Angin Kencang.