Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo yakin rombakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang dilakukan Disember lepas mampu memperkasakan industri filem di negara ini.
Katanya pelantikan anggota lembaga pengarah baharu Finas, termasuk Panel Penasihat dapat membantu menyelesaikan pelbagai isu serta masalah berbangkit dalam industri itu.
"Seperti mana semua maklum, saya telah buat rombakan besar dalam Finas, satu perkara yang saya berikan penekanan adalah memastikan terdapat wakil untuk semua dalam industri ini.
"Apa yang penting kita mahu tukar pendekatan, di mana sekarang kita bekerjasama (dengan penggiat industri) dengan turun padang untuk memahami dan menyelesaikan masalah yang kita sedar wujud sejak sekian lama," katanya selepas menghadiri Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina dan Anugerah Pengeluar Filem Cemerlang, di sini pada Rabu.
Disember lepas, kementerian mengumumkan barisan anggota baharu Finas dengan setiausaha bahagian kanan (pengurusan) kementerian itu, Datuk Samsuni Mohd Nor sebagai pengerusi.
Gobind berkata antara masalah yang membelenggu penggiat industri filem adalah isu hak cipta dan cukai.
"Bulan lalu saya bertemu ramai penggiat seni, dan saya dapat banyak maklum balas. Maka kita perlu lakukan banyak kerja," katanya.
Terdahulu ketika berucap di majlis tersebut, Gobind mengingatkan pemain industri sentiasa mengikut trend dan teknologi terbaharu serta kemahiran pemasaran yang kreatif untuk mempromosikan produksi mereka, sesuai dengan keperluan industri hiburan global yang amat memerlukan bahan kandungan.
"Kandungan adalah amat penting, dan kita jangan membazirkan masa dalam menggunakan sumber dan insentif untuk membimbing, memupuk dan menyediakan latihan untuk industri tempatan bagi menghasilkan kandungan yang luar biasa, jika kita mahu menjadi setaraf dengan yang lain di seluruh dunia," katanya.
Katanya lagi, pemain industri di sini amat bertuah kerana Malaysia kaya dengan budaya dan kepelbagaian yang menawarkan khazanah yang banyak untuk penceritaan filem dan juga program televisyen.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 20 2019
GOBIND: Gunakan sumber dan insentif untuk membimbing, memupuk dan menyediakan latihan untuk industri tempatan bagi menghasilkan kandungan yang luar biasa, jika kita mahu menjadi setaraf dengan yang lain di seluruh dunia. - Gambar fail
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Rombakan Finas perkasakan industri filem negara - Gobind
Pelantikan anggota lembaga pengarah baharu Finas, termasuk Panel Penasihat dapat membantu menyelesaikan pelbagai isu serta masalah berbangkit dalam industri itu.