Roh watak Pak Awang semacam meresap dalam tubuh pelakon Wan Hanafi Su, itulah pandangan pengarah Liew Seng Tat mengenai pelakon tersebut dalam filem terbarunya, Lelaki Harapan Dunia.
Memegang peranan utama sebagai Pak Awang, pelakon itu berjaya mewujudkan keserasian di antara pelakon lain seperti Azhan Rani dan Roslan Salleh.
Beranggapan ia satu tanggungjawab yang besar, pelakon yang dikenali menerusi filem Bunohan itu mengiktiraf skrip yang ditulis memiliki pelbagai lapisan makna.
Salah satu adegan ikonik dalam filem ini adalah sewaktu orang kampung mengangkat sebuah rumah untuk dialihkan.
Menurut pengarah, ekspresi wajah pelakon sewaktu penggambaran adegan tersebut sudah cukup untuk menggambarkan bagaimana beratnya rumah yang diperbuat daripada kayu itu.
"Pada satu ketika, mereka telah lupa yang mereka sedang berlakon. Ia seolah-olah telah menjadikan proses angkat rumah itu seperti misi hidup mereka sendiri," ulas Seng Tat.
Diarahkan oleh Liew Seng Tat, filem itu dibintangi Wan Hanafi Su, Soffi Jikan, Harun Salim Bachik, Jalil Hamid dan Azhan Rani.
Ia berlatar sebuah kampung yang terjadi kekacauan akibat salah faham di antara penduduk kampung yang menyangka rumah terbiar yang dalam perancangan dipindahkan dari hutan ke kampung untuk Pak Awang telah dihuni “hantu”.
Pak Awang cuba menyakinkan penduduk kampung agar tidak mempercayai perkara tahyul, tetapi tiada siapa yang ingin mendengar. Benarkah "hantu" itu "Orang Minyak"?
Lelaki Harapan Dunia telah ditayangkan di festival filem antarabangsa antaranya di Locarno, Toronto, Nara, Vancouver dan Busan.
Setelah menjelajah ke sirkit festival filem antarabangsa, filem Lelaki Harapan Dunia bakal ditayangkan di Malaysia mulai 27 November depan.
Astro Awani
Sun Oct 26 2014

Roh 'Pak Awang' meresap dalam tubuh Wan Hanafi Su

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Lelaki Harapan Dunia lantik PR filem Birdman untuk Oscar
Pakar perhubungan awam Sabrina Taylor dipilih oleh produksi filem Lelaki Harapan Dunia sebagai ejen promosi filem tersebut ke mata dunia.

Lelaki Harapan Dunia dapat pengiktirafan lagi
Filem Lelaki Harapan Dunia terus menerima pengiktirafan apabila memenangi gelaran Filem Terbaik di Anugerah Majlis Pengkritik Filem KL.

Filem harapan Malaysia ke Oscar
Filem Lelaki Harapan Dunia dipilih mewakili Malaysia untuk kategori Filem Bahasa Asing Terbaik Anugerah Akademi ke-88 (Oscar).

Lelaki Harapan Dunia, Terbaik Dari Langit dahului saingan FFM27
Filem Lelaki Harapan Dunia meraih 13 pencalonan akhir di Festival Filem Malaysia ke 27 yang diumumkan sebentar tadi.

Lelaki Harapan Dunia menang anugerah filem di negara Islam, Iran
Filem arahan Liew Seng Tat Lelaki Harapan Dunia memenangi Anugerah Khas Juri di Festival Filem Antarabangsa Fajr yang berlangsung di Tehran.

Sinema Malaysia tahun 2014: Yang terbaik datang dari mana?
Pengkritik filem Hassan Muthalib mengulas sinema Malaysia pada tahun 2014 yang mencari terbaik itu datangnya dari mana.

LPF kekal keputusan, tiada isu kontroversi dalam Lelaki Harapan Dunia
Lembaga Penapisan Filem kekal dengan keputusan mereka meluluskan filem Lelaki Harapan Dunia untuk tayangan.

Tayangan filem Lelaki Harapan Dunia berkemungkinan ditarik balik?
Filem Lelaki Harapan Dunia akan dinilai semula Lembaga Penapisan Filem (LPF) ekoran kontroversi yang tersebar.

Tonton 'Lelaki Harapan Dunia' dulu sebelum hukum - Liew Seng Tat
Pengarah filem Lelaki Harapan Dunia tampil memberikan kenyataan berkenaan isu boikot oleh sesetengah pengkarya terhadap karya terbarunya.

Lakonan yang melazatkan, kata penonton; apa kata penonton lain?
Filem karya Liew Seng Tat ini menerima reaksi pelbagai lebih-lebih lagi apabila bangsa melayu dijadikan subjek utamanya.