DALAM diam, pelakon Rashidi Ishak difahamkan selamat melangsungkan pernikahan dengan pengarah sebuah drama popular iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin.
Berita gembira itu disahkan oleh jurusolek untuk drama dan filem iaitu Mas Hashim menerusi laman Facebook miliknya pada Khamis.
Pada perkongsian itu, Mas Hashim memuat naik foto Rashidi yang memakai baju Melayu putih manakala Wan Hasliza pula tampil ayu dengan baju kebaya serba putih juga.
“Tahniah Rashidi Ishak dan Wan Hasliza Wan Zainuddin. Semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa,” tulisnya.
Bagaimanapun usaha Gempak untuk mendapatkan kenyataan daripada Rashidi gagal apabila aktor tersebut tidak menjawab telefon dan membalas mesej yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp.
Untuk rekod, Rashidi pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Vanidah Imran pada 1 Oktober 2000 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran dan Maryam Rashika.
Namun rumah tangga yang dibina selama 17 tahun musnah apabila mereka memutuskan untuk bercerai pada 9 Ogos 2018. -- Gempak
Gempak
Thu Feb 02 2023

Berita gembira itu disahkan oleh jurusolek untuk drama dan filem iaitu Mas Hashim menerusi laman Facebook miliknya pada Khamis. - Gempak

Ops Campur periksa 308 premis, Akta Padi dan Beras diperhalusi - Armizan
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
AWANI Ringkas: Isu lulus kewarganegaraan kepada rakyat China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tidak ada perbezaan, cuma bergerak sendirian - Rashidi Ishak
Tambah Rashidi dia akan sentiasa bersama anak-anak jika mereka memerlukan seorang ayah.