PELAKON Kamal Adli menjelaskan hubungannya dengan aktres jelita Zahirah MacWilson kembali jernih selepas lebih setahun tidak bertegur sapa.
Bintang drama Duda Pujaan Dara itu bagaimanapun akui pertemuan semula di Starvilion sedikit sebanyak mencetuskan rasa janggal.
"Saya tak salahkan sesiapa, tetapi saya seorang yang senang memaafkan dan melupakan.
"Jadi, saya rasa tiada sebab pun untuk saya tak okey dengan dia. Sepatutnya kami memang sangat rapat ketika penggambaran.
"Tiba-tiba apabila ada isu, kami jadi macam tak kenal satu sama lain pula!
"Apabila berjumpa balik di Starvilion, saya rasa janggal. Kemudian kami sama-sama tegur satu sama lain, duduk, bersembang dan memohon maaf. Tak ada sebab nak bergaduh pun," katanya kepada Gempak.
Kamal yang ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Starvilion di Royal Palace, Shah Alam semalam memberitahu dia sampai masanya untuk tidak menyimpan dendam.
"Kami suka berlakon bersama-sama, daripada segi kerja memang menyeronokkan.
"Buat apalah untuk tak okey disebabkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Itu punca rezeki kami," tambahnya.
Pada Oktober 2017, hubungan antara Kamal dan Zahirah berantakan disebabkan pergeseran disebabkan tuduhan melulu dan perasaan cemburu kekasih Kamal ketika itu, Emma Maembong.
Hubungan itu bertambah keruh apabila membabitkan teman rapat Zahirah ketika itu, Zul Ariffin.
Pertembungan empat penjuru itu akhirnya reda menjelang awal tahun 2018.
Gempak
Fri Apr 12 2019
Pada Oktober 2017, hubungan antara Kamal dan Zahirah berantakan disebabkan pergeseran disebabkan tuduhan melulu dan perasaan cemburu kekasih Kamal ketika itu, Emma Maembong. - Foto Astro GEMPAK
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Neymar tidak meninggalkan Al-Hilal dengan tangan kosong apabila dilaporkan kelab itu perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro kepada pemain itu.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi OP TBC 2025
Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.
JPJ kesan masih ada pemandu bas ambil dadah
Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas di seluruh negara bagi mempertingkat pematuhan sepanjang tempoh Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.
Perkembangan terkini di Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, Sarawak sedang giat dijalankan.
Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung
Gandingan terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif.
AWANI Ringkas: Ujian air kencing ke atas pemandu bas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rusia, Syria terus berunding mengenai pangkalan tentera
Rusia dan Syria akan mengadakan rundingan lanjut mengenai pangkalan tentera Rusia di Syria, menurut laporan agensi berita Rusia pada Selasa malam.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
'Rasa janggal tiba-tiba jumpa balik' - Kamal Adli, Zahirah kembali...?
Pelakon Kamal Adli menjelaskan hubungannya dengan aktres jelita Zahirah MacWilson kembali jernih selepas lebih setahun tidak bertegur sapa.
"Saya dan Zul Ariffin masih baik, tapi...."- Zahirah Macwilson
Zahirah Macwilson mengakui hubungan dengan aktor Zul Ariffin masih berjalan dengan baik.
Tiada isu ganti Fathia, itu mungkin kebetulan rezeki saya - Zahirah Macwilson
Pelakon Zahirah Macwilson mengakui tidak mempunyai tekanan apabila dipilih menggantikan Fathia Latiff untuk memegang watak utama dalam drama La Luna.