Berita mengenai seorang bekas peserta program Pencetus Ummah (PU) yang didakwa menceraikan isterinya yang sedang hamil untuk bernikah dengan seorang janda hangat diperkatakan netizen.

PU Abu atau nama sebenarnya, Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 25, yang merupakan peserta program realiti Pencetus Ummah musim ketiga didakwa menceraikan isterinya, Ain Afini pada 13 Mac yang lalu menerusi mesej di aplikasi WhatsApp.

Namun begitu, orang lain pula yang terkena tempias ketika isu ini hangat diperkatakan.

Dek kerana mempunyai nama yang sama, peserta Pencetus Ummah musim pertama, PU Sufian atau Mohd Sufian Mohd Isa pula yang dikecam netizen.

BACA: PU Abu mohon maaf, menyesal ceraikan isteri sedang hamil

Menerusi laman Instagram PU Sufian (@pusufianofficial), dia mendedahkan perkara terbabit dan menasihati netizen agar tidak tersalah orang.

Bismillah


"Bismillah. Saya PU Sufian. Netizen yang sedang aktif mengecam saya, kenal ke saya? Di sini saya lampirkan Instagram isteri saya @noraini_yaakop. Jangan lupa follow ye," tulis PU Sufian.

PU Sufian turut meletakkan hashtag #JanganSalahRumah di posting terbabit.

Sebelum itu, PU Sufian turut melampirkan foto dirinya bersama isteri.

"Hi. Assalamualaikum. Saya PU SUFIAN. Ini Zaujah saya (Isteri saya). Ustazah Aini. Korang doakan kami bahagia boleh. Komen Aamiiin ya," tulis PU Sufian.

Di ruangan komen, PU Sufian mendedahkan ramai yang menghentamnya kerana salah faham dan dia menerima makian menerusi 'direct message' (DM) di Instagram.